Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Sah! Proton X70 Facelift Ada Ciri Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional, PROTON mengesahkan bahawa Proton X70 2024 facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan hadir dengan fungsi  pemanduan separa-autonomi Tahap 2.

Selain itu, Proton X70 facelift ini juga akan dilengkapi dengan ciri Kawalan Pelayaran Pintar (ICC) yang digabungkan dengan kawalan pelayaran adaptif dan fungsi Stop-Go.

. Pada masa ini, X70 mempunyai kawalan pelayaran adaptif, tetapi ia berfungsi hanya pada kelajuan melebihi 30 km/j dan tidak mempunyai fungsi Stop-Go.

Selain kawalan jelajah yang dinaik taraf, pakej ADAS X70 juga menerima ciri keselamatan seperti bantuan kekal loron.

Malah, buat masa ini, X70 juga tidak dilengkapi ciri ini, tetapi sebaliknya mempunyai Amaran Keluar Lorong (LDW).

Menerusi penambahan kedua-dua ciri terbaharu ini, X70 akhirnya akan menerima  fungsi  pemanduan separa-autonomi Tahap 2.

image.png

Selain butiran ini tiada apa yang didedahkan pada taklimat media  yang diadakan di kilang Proton yang terletak di Tanjung Malim, Perak, pada minggu lepas.

Biarpun, Proton mengambil sikap mendiamkan diri namun berdasarkan X70 yang ditampal dengan pelekat Camo, kami ada dapati ada beberapa perubahan yang dibuat.

Antaranya lampu depannya dilihat telah direk semula, dan dipadankan dengan bampar baharu. Tidak ketinggalan, rekaan rim aloi terbaharu juga ditawarkan untuk varian tertinggi.

 image.png

Berbual mengenai kemasan kabin X70 dengan sumber dalaman Proton, model facelift ini akan didatangkan dengan stereng yang telah disemak semula termasuk terdapat paparan digital seperti mana yang terdapat X50.

Kami turut menjangkakan bahawa ia akan dipadankan dengan sistem infotainment bersaiz 1025 inci namun tiada sebarang bayangan bahawa ia akan hadir dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

image.png

Dari segi trenkuasa, tiada sebarang pembaharuan dibuat.

Untuk itu, dijangka ia akan menggunakan enjin 1.5 liter 3 silinder dan enjin 1.8 liter 4 silinder.

Apapun, Proton masih belum mendedahkan tarikh pelancaran model facelift ini namun kami pasti ia akan dilancarkan pada suku kedua nanti.



Gallery

Tag:

Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

27-09-2025
Berita Auto

Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini

PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.

11-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru