Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Off-Road, BJ40 Plus, Dipertontonkan Di Malaysia – Capai 221 HP, Anggaran Dari RM180K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-BJ40-PLUS-(1).png


Sebuah model baharu, SUV off-road daripada jenama automotif China, BAIC, BJ40 Plus telah dipertontonkan sebentar tadi. Model ini bakal ditawarkan di pasaran Malaysia dalam satu varian pada harga yang dianggarkan bermula daripada RM180,000. 


CIRI MEKANIKAL BJ40 PLUS


Screenshot-2024-05-16-at-5.26.04-PM.pngScreenshot-2024-05-16-at-5.27.01-PM.png


BJ40 Plus dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter berpengecas turbo dengan output 221 hp (165 kW) dan tork 380 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan ZF untuk penukaran gear yang lancar. Sistem BorgWarner Part-time Four-wheel Drive menawarkan tiga pilihan operasi iaitu 2H/2L/4L. Ciri lain yang menarik ialah sistem pengendalian yang telah dioptimumkan, membolehkan radius pusingan sehingga 11.6 meter dibuat. 


BJ40 Plus menggunakan suspensi Double Wishbone di hadapan yang memberikan lebih kestabilan dan memudahkan pengendalian. Sementara itu, sudut belakang pula diberikan suspensi 5-Link Torsion Beam yang mengurangkan gegaran kenderaan semasa pemanduan, menjanjikan keselesaan yang optimum. 


REKAAN


Screenshot-2024-05-16-at-5.23.22-PM.pngScreenshot-2024-05-16-at-5.23.10-PM.png


Dari segi dimensi,  BJ40 Plus berukuran 4645 mm panjang, 1925 mm lebar, 1871 mm tinggi dan jarak roda 2745 mm. Badan ‘gagah’ SUV ini diberikan pelbagai kit off-road seperti pelindung bawah bampar, cangkuk tunda (depan dan belakang, 4 cangkuk kesemuanya). Untuk memenuhi pelbagai keperluan off-road, bahagian atas depan dan belakang boleh ditanggalkan dengan menggunakan peralatan.


IMG_4900.JPGIMG_4895.JPG


Model ini dipasangkan dengan lampu hadapan kombinasi LED, DRL LED, lampu belakang kombinasi LED, lampu kabus (depan dan belakang). Kelengkapan lain ialah rim aloi berukuran 17 inci dua tona dengan tayar 265/65 R17, pemijak di tepi, cermin sisi dengan fungsi pemanas dan sebagainya. 


KABIN


IMG_4913.JPGIMG_4914.JPGIMG_4915.JPG


Dari segi teknologi, model ini dilengkapi dengan skrin instrumen 12.3 inci, skrin infotainmen 10 inci, 6 speaker, sambungan Bluetooth, sistem navigasi GPS dan lampu ambien. Untuk simpanan, ruang kargonya boleh dikembangkan daripada 532 liter kepada 965 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. 


CIRI KESELAMATAN


BJ40 Plus hadir dengan pelbagai ciri keselamatan pasif dan aktif serta dibangunkan daripada ‘anatomi’ bar anti oleng yang membentuk struktur lebih tertutup di bahagian atas kenderaan yang meningkatkan kekukuhan badan. Ini menjamin kerosakan yang minimum di ruangan penumpang sekiranya kenderaan terbalik secara tidak sengaja di laluan ekstrem. 


PELANCARAN DI MALAYSIA


web_MA_CariCarz_BAIC-BJ40-Plus-preview_-6.jpg


BJ40 Plus


BJ40 Plus dijadualkan untuk dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat tahun ini. Kami difahamkan bahawa pengilang kenderaan tempatan, EP Manufacturing (EPMB), telah dilantik sebagai rakan kongsi pemasangan tempatan (CKD) untuk jenama BAIC.


IMG_4926.JPGIMG_4924.JPG


SUV crossover X55 (klik sini untuk info lebih lanjut)


Selain BJ40 Plus, model lain yang bakal dilancarkan nanti ialah SUV crossover X55 yang turut dipertontonkan hari ini. Kedua-dua model yang dipamerkan ini adalah dalam versi pra-produksi, bermakna masih terdapat pelbagai kelengkapan dan ciri yang belum ditetapkan. Lebih banyak butiran akan didedahkan menjelang pelancarannya. Nantikan berita selanjutnya daripada CariCarz.com



Tag:

BAIC Group
BAIC BJ40 SUV
BJ40 Off-Road SUV
BJ40 Plus Malaysia
Pratonton BJ40 Plus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Pratonton SUV BAIC X55 Di Malaysia – Anggaran Harga Dari RM120K

Pratonton SUV BAIC X55 Di Malaysia – Anggaran Harga Dari RM120K

Jenama automotif China, BAIC, hari ini telah mempertontonkan SUV X55. Ini spesifikasinya...

16-05-2024
Global
Polestone 01: Nampak Ganas, Macho Betul

Polestone 01: Nampak Ganas, Macho Betul

BAIC melancarkan model pertama mereka berbentuk SUV, Polestone 01.

04-09-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026