Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volkswagen Golf R CKD Kini Rasmi Dipasarkan Di Malaysia – Capai 320 HP, Dari RM332,990

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(1).jpg


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akhirnya melancarkan Volkswagen Golf R pemasangan tempatan (CKD). VPCM telah mula menerima tempahan superhatch ini sejak pertama kali ia dipertontonkan, pada Ogos tahun lalu. Model ini dipasarkan di negara kita pada harga yang bermula dari RM332,990 (tidak termasuk insurans dan kos atas jalan) termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP).  Berikut adalah spesifikasi Volkswagen Golf R yang perlu anda tahu...


TRENKUASA VOLKSWAGEN GOLF R CKD


Golf generasi ke-8 (Mk 8) ini dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter TSI dengan output 320 hp dan tork 400 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi DSG 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) 4Motion yang membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. 


REKA BENTUK VOLKSWAGEN GOLF R CKD


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(2).jpg


Secara visual, seperti yang dapat disaksikan semasa sesi pratonton tahun lalu, Golf R ‘buatan Malaysia’ ini diberikan beberapa ciri tambahan yang terdapat dalam Pakej Prestasi. Termasuk dalam pakej ini ialah kit badan aero yang merangkumi bampar hadapan yang lebih agresif, diffuser dan spoiler belakang yang lebih menonjol, rim dua tona Estoril berukuran 19 inci dan paip ekzos quad Akrapovič. 


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(5).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(6).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(7).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(8).jpg


Turut termasuk dalam Pek Prestasi ini ialah mod pemanduan ‘Drift’ dan ‘Special’ yang menurut VPCM membolehkan kawalan penuh untuk upshift atau gear tinggi dan mengoptimumkan lagi respon stereng serta dinamik lateral semasa kenderaan dipandu laju. 


KABIN VOLKSWAGEN GOLF R


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(14).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(12).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(16).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(19).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(15).jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, Golf R, gayanya tidak jauh berbeza daripada kembarnya dalam versi GTI, namun R hadir dengan beberapa elemen tambahan seperti logo R pada tempat duduk dan stereng serta paparan digital eksklusif R. Selain itu, ia turut diberikan teknologi tambahan, sistem papar pandu (HUD). Selebihnya, masih sama seperti versi import (CBU) yang dibawa masuk sebelum ini. 


CIRI KESELAMATAN VOLKSWAGEN GOLF R


Seperti GTI yang telah dikemaskini, pakej bantuan pemandu aktif IQ.Drive kini disediakan sebagai ciri standard. Teknologi ini merangkumi sistem seperti bantuan pemanduan dengan kawalan jelajah adaptif, bantuan sisi, bantuan hadapan, bantuan lorong dan bantuan kecemasan, sekaligus memberikannya kemampuan pemanduan separa autonomi. 


HARGA JUALAN VOLKSWAGEN GOLF R


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(4).jpg


Seperti yang dikatakan di awal artikel,  Volkswagen Golf R versi CKD yang dikeluarkan dari kilang di Pekan, Pahang ini ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM332,990, tidak termasuk insurans dan kos atas jalan. Lebih murah berbanding versi CBU yang sebelum ini dijual pada harga RM431,162 tanpa insurans. Pembelian adalah termasuk  Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) selama 2 tahun, tanpa had perbatuan, termasuk bantuan jalan selama 5 tahun. 


Ingin menyaksikan Volkswagen Golf R CKD baharu dengan lebih dekat? Kunjungi acara Malaysia Autoshow 2024 yang akan berlangsung minggu ini dari 22 hingga 26 Mei di MAEPS, Serdang.

Baca: MAS 2024: Lebih 45 Kereta, Motosikal Bakal Dilancar

Gallery

Tag:

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Volkswagen Golf R
Volkswagen CKD Malaysia
Volkswagen Golf R CKD
Pelancaran Volkswagen Golf R
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru
VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990

VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI.

08-10-2025
EV
Zietlow Kini Mahu Cipta Rekod Dunia Dengan Volkswagen ID. Buzz

Zietlow Kini Mahu Cipta Rekod Dunia Dengan Volkswagen ID. Buzz

Zietlow kini berada di Malaysia dalam usaha mencatat rekod Guinness World Records dalam menjelajah pelbagai negara dengan menggunakan kenderaan elektrik Volkswagen ID. Buzz.

07-10-2025
Kereta Baru
Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K

Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia.

12-03-2024
Kereta Baru
Volkswagen Tiguan Allspace 2023 Kini Dengan ADAS IQ.Drive – Harga Dari RM165K

Volkswagen Tiguan Allspace 2023 Kini Dengan ADAS IQ.Drive – Harga Dari RM165K

Tiguan Allspace kini lebih selamat dengan teknologi sokongan pemandu aktif (ADAS) IQ.Drive.

06-07-2023
Berita Auto
Tempoh Jaminan Lebih Panjang Untuk Volkswagen Golf GTI, Arteon R-Line

Tempoh Jaminan Lebih Panjang Untuk Volkswagen Golf GTI, Arteon R-Line

VPCM telah mengumumkan penawaran Pakej Jaminan Volkswagen. Ini yang perlu anda tahu...

05-07-2023
Berita Auto
Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM

Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM

PHSAM dan VPCM telah mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev sebagai Pengarah Urusan Bersama baharu.

01-07-2023
Global
Volkswagen Golf R Mk 8.5 Diperkenalkan, Ada Versi Khas, Black Edition

Volkswagen Golf R Mk 8.5 Diperkenalkan, Ada Versi Khas, Black Edition

Apa yang berbeza pada Volkswagen Golf R Mk 8.5? Klik untuk kupasannya.

27-06-2024
Global
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...

29-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru
Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru
Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru
Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Ini 'Wajah Baharu' Proton S70, Muncul Januari 2026 Nanti?

Satu perkongsian di Facebook ‘Proton S70 Malaysia’ baru-baru ini telah mendedahkan rupa sebenar bagi model yang bakal dikenali sebagai Proton S70 facelift 2026 atau S70 MC1 (Minor Change).

16-12-2025
Kereta Baru
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025