Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SUV PHEV 4X4 BYD Fang Cheng Bao 5 Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 734 HP, Capai 1,200 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-2.jpg


BYD SD Motors baru-baru ini telah memukau pengunjung Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) dengan mempertontonkan SUV mewah super-PHEV 4x4, BYD Fang Cheng Bao 5. 


Fang Cheng Bao 5 atau secara ringkasnya, Bao 5, dilancarkan buat pertama kalinya oleh BYD di China pada November tahun lepas. Model ini diposisikan sebagai SUV 4x4 bersaiz sederhana, tetapi tampil unik kerana dikeluarkan dalam versi hibrid plug-in (PHEV). 


Trenkuasa PHEV pada Bao 5 ini merupakan gabungan antara kedua-dua teknologi elektrifikasi (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang bukan hanya menghasilkan sebuah jentera dengan spesifikasi yang hebat, tetapi juga tampil ranggi dan mewah pada segenap sudut. 


web_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-5.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-4.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-7.jpg


Bao 5 lebih kecil berbanding Land Rover Defender 110 dan Mercedes-Benz G-Class.


Bao 5 mengunakan rangka platform DMO BYD yang dibangunkan khas untuk sebuah model berkemampuan off-road. Ini menjelaskan mengapa  jarak kelegaan tanahnya setinggi 220 mm,  dengan sudut sua (approach angle) 35 darjah dan sudut lepas (departure angle) 32 darjah. 


Dari segi dimensi, Bao 5 mempunyai panjang 4,890 mm dengan jarak roda 2,800 mm, lebar 1,970 mm dan tinggi 1,920 mm. Sebagai perbandingan, Bao 5 lebih kecil berbanding Defender 110 dan G-Class.


web_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-18.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-12.jpg


Output bertenaga seperti supercar ini  membolehkan jentera ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat.


Bao 5 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder 1.5 liter dan sepasang motor elektrik yang dihidupkan oleh bateri Blade 31.8 kWj. Secara keseluruhan, ia menghasilkan 734 hp (505 kW) dan 760 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik CVT elektronik dan sistem 4x4 dengan beberapa mod laluan (terrain). Gabungan teknologi petrol-elektrik ini memberikan jarak perjalanan maksimum 1,200 km (CLTC).


web_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-15.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-16.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-17.jpg


Di bahagian kabin, Bao 5 kelihatan jauh berbeza daripada model BYD lain yang lebih minimal. Jentera off-road ini tampil sarat dengan pelbagai teknologi dan fungsi. 


Di dalamnya, Bao 5 tidak dilengkapi dengan multi-skrin tetapi tiga skrin berasingan terdiri daripada skrin khas untuk pemandu dan juga penumpang hadapan yang kedua-duanya berukuran 12.3 inci. Skrin ketiga ialah skrin infotainmen 15.6 inci yang boleh dikawal melalui sentuhan jari. 


Di bawah skrin infotainmen terdapat butang kawalan yang diinspirasikan daripada kokpit pesawat yang kelihatan mewah diperbubat daripada bahan premium. Tombol penukar gearnya juga kelihatan unik. Tempat duduk, stereng dan pintunya diberikan balutan kulit. 


web_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-13.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-10.jpgweb_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-8.jpg


Sentuhan mewah turut dapat dilihat daripada pelbagai lagi sudut lain seperti but belakang yang boleh ditutup secara automatik secara perlahan (soft-close), serta lampu LED penuh depan dan belakang. 


Penggunaan trenkuasa PHEV memberikannya kemampuan pengecasan kenderaan kepada kenderaan (V2V) 6 kW dan model ‘Rescue’ yang membolehkan pengecasan kenderaan kepada beban (V2L) sehingga 20 kW. 


web_TA_MAS-2024_BYD-FANG-CHENG-BAO-5_-6.jpg


Model yang dipamerkan di MAS 2024 ini berkemungkinan ialah spesifikasi pasaran China kerana merupakan versi pemanduan sebelah kiri (LHD). 


Untuk melihatnya dengan lebih dekat, kunjungi tapak pameran BYD di Dewan A2, Malaysia Autoshow 2024, yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei ini. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi acara atau secara walk-in pada harga RM20 kecuali kanak-kanak, OKU dan warga emas (percuma). 


Tag:

BYD Fang Cheng Bao 5
Bao 5
SUV 4X4
MAS 2024
Bao 5 PHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

GWM Malaysia Dedah Imej Acah Tank 500, Dilancarkan Mei Nanti?

GWM Malaysia melalui media sosial rasminya mendedahkan imej acah yang memamparkan bentuk badan SUV 4x4 premium, GWM Tank 500.

11-04-2025
Berita Auto

Penghantaran Pertama Juga Akan Dibuat Pada Bulan Depan

Unit yang diimport sepenuhnya dari China dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4 silinder .

28-06-2024
Kereta Baru

Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5-Pintu.

22-04-2024
Berita Auto

Ini Dia SUV 4X4 GWM Haval Raptor Hi4 Yang Telah Dikemaskini

Ini segala yang kita tahu mengenai Raptor Hi4 yang bakal diperkenalkan secara rasmi semasa Auto China 2024.

16-04-2024
Berita Auto

Chery Auto Malaysia, TDA Meterai MoU Bangun Standard ESG Industri Automotif

Chery Auto Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Depositori Teknologi (TDA).

24-05-2024
EV

SUV Elektrik Off-Road, Jaecoo J6, Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 279 HP, 500 KM

Jaecoo J6 dipertontonkan untuk tatapan rakyat Malaysia di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024).

23-05-2024
EV

EV Jenama China Baharu, Leapmotor C10 Dipertontonkan – Lancar Suku Ke-4 2024

Leapmotor memperkenalkan SUV elektrik terbaru, C10 di Malaysia Autoshow 2024.

22-05-2024
Kereta Baru

MAS 2024: Jetour Dashing & X70 Plus Dipertontonkan – Pelancaran Suku Ke-3 2024

Jetour membuat penampilan tempatan pertamanya dengan memperkenalkan model SUV crossover Jetour Dashing dan X70 Plus di Malaysia Autoshow 2024.

22-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026