Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tingkatkan Perkhidmatan Selepas Jualan, Makin Powerlah Servis PROTON

Suhana Veru

Kongsi melalui


Melinau-Auto-Kuching.jpg

Pengeluar kereta nasional PROTON telah melancarkan initiatif penarafan 5 bintang untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggannya di cawangannya di seluruh negara.

Inisiatif baharu ini mengiktiraf pengedar Proton yang telah mencapai tahap cemerlang bagi perkhidmatan selepas jualan.

Ia  merupakan lanjutan daripada inisiatif PROTON Operational Excellence (POE) syarikat yang telah dimulakan pada 6 Mac 2023.

ART_3080.jpg

Pengiktirafan baharu ini akan diberikan berdasarkan skor POE dan kualiti perkhidmatan bagi menggalakkan semua cawangan untuk mencapai dan mengekalkan tahap perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang tinggi.

Kualiti perkhidmatan dinilai dalam dua kategori iaitu kelajuan dan pematuhan SOP dan ini kemudiannya dinilai dalam 6 bidang tumpuan. 

Matlamat akhir adalah untuk menguruskan keprihatinan pelanggan di cawangan dengan berkesan dan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Melinau-Auto-celebrates-their-achievement-in-excellence-service.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya yakin bahawa penyampaikan perkhidmatan selepas jualan tahap tinggi kepada pelanggan akan membantu membezakan kami daripada jenama saingan. 

En-Roslan-Abdullah,-CEO-of-Proton-EDAR-(1).jpg

“Oleh itu, kami akan terus melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan operasi selepas jualan di semua cawangan untuk memastikan kakitangan yang berurusan dengan pelanggan mampu menyampaikan tahap kepuasan tertinggi kepada pelanggan.

“Kami akui penawaran rangkaian model premium spesifikasi tinggi pada harga kompetitif mampu menarik pelanggan ke bilik pameran, selain  menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang bertaraf tinggi,” katanya.

Tambah beliau, layanan selepas jualan akan memberi peluang untuk membina kesetiaan pelanggan kepada jenama dan membuka pintu untuk pembelian berulang.

ART_3268.jpgART_2808.jpg

Untuk makluman, inisiatif POE PROTON menekankan pematuhan kepada syarat-syarat seperti proses perkhidmatan, kecekapan juruteknik, inventori stok dan pengurusan pelanggan. 

Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan cawangan dan menambah baik kecekapan operasi pusat perkhidmatan di seluruh negara.

Setiap cawangan diberi penilaian pada setiap bulan dan hasilnya dikongsi dengan semua cawangan lain untuk menunjukkan dengan jelas kedudukan mereka dalam rangkaian. 

Bahagian selepas jualan PROTON juga bekerjasama rapat dengan cawangan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka secara proaktif dengan roadshows suku tahunan diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik serta mengukuhkanprestasi dengan perkongsian amalan terbaik.

ART_2757.jpg

Dengan permulaan inisiatif penarafan 5 bintang, lima pengedar Proton akan dianugerahkan pengiktirafan tertinggi setiap bulan, menandakan mereka sebagai pusat kecemerlangan selepas jualan dan perkhidmatan pelanggan.

Untuk memastikan pariti dan penerimaan daripada rangkaiannya, KPI untuk inisiatif itu ditetapkan berdasarkan maklum balas daripada semua cawangan serta penandaarasan amalan terbaik daripada OEM lain. 

ART_2727.jpg

Bagi menandakan permulaan inisiatif 5 bintang, acara pelancaran telah diadakan di Melinau Auto di Kuching, salah satu daripada tiga cawangan PROTON yang diberi pengiktirafan baharu selepas memenuhi semua syarat.

Selepas pelancaran inisiatif 5-bintang, senarai cawangan yang diiktiraf akan diterbitkan di laman web korporat PROTON, www.proton.com, dan disertakan dengan lencana tersendiri untuk pengiktirafan pengedar.

Tag:

Proton Operational Excellence (POE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur