Link Copiedcheck_circle
Global

Akio Toyoda Dilantik Semula Sebagai Pengerusi Toyota, Apa Yang Berlaku?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Akio-Toyoda-2048x1152.jpg


Akio Toyoda telah dilantik semula sebagai Pengerusi Toyota Motor Corp.


Akio Toyoda telah dilantik semula sebagai Pengerusi Toyota Motor Corp. oleh pemegang saham syarikat itu walaupun terdapat skandal berkaitan tadbir urus dan ujian pensijilan. Beliau bersama sembilan anggota lembaga pengarah lain telah dilantik semula dalam mesyuarat agung tahunan yang  diadakan pada hari Selasa lalu. 


Pengaruh Saham Toyota Group


Akio-Toyoda-2.jpg


Keputusan ini boleh dijangkakan kerana pegangan saham yang signifikan oleh firma kumpulan Toyota, prestasi perniagaan yang cemerlang dan populariti Toyoda dalam kalangan pelabur runcit Jepun. Namun, dua penasihat proksi (proxy) utama menentang pelantikan semula Toyoda ekoran skandal keselamatan yang 


Tentangan Pelantikan Semula


Firma penasihat proksi, Institutional Shareholder Services (ISS) sebelum mesyuarat tahunan tersebut telah mencadangkan agar semua pemegang saham menentang pelantikan Toyoda. Firma tersebut mengkritik eksekutif atasan itu kerana terlibat dalam skandal-skandal yang menggugat jenama Toyota. 


Sementara itu, dana pencen pekerja awam New York City menyokong ISS menolak lantikan semula Toyoda, menekankan kepentingan kepimpinan yang kuat dalam tadbir urus korporat. 


Populariti Dalam Kalangan Pelabur 


Walaupun terdapat penentangan dari pelabur luar negara, yang merangkumi 25% pemegang saham Toyota, Toyoda tetap popular dalam kalangan pelabur runcit yang memegang 12.6% saham. Rekod cemerlang yang dicapai syarikat Toyota dan prestasi saham yang baik menyokong populariti Toyoda.


Seorang pelabur runcit berusia 84 tahun, Hidenori Takahashi, menyatakan keyakinannya terhadap Toyoda. Menurutnya, Toyota adalah syarikat terbaik di Jepun untuk pemegang saham. Walaupun beliau mengakui adanya isu pensijilan dengan Toyoda, beliau percaya Toyoda komited untuk mencegah masalah tersebut pada masa akan datang. 


Pengakuan Dan Permohonan Maaf


Pada awal Jun, Toyota mengakui telah melalukan enam penyelewengan data ujian keselamatan terhadap tujuh model termasuk tiga yang masih lagi dijual di Jepun, iaitu Yaris Cross, Corolla Axio dan Corolla Fielder.


Walaupun pendedahan ini menyebabkan penurunan 10% dalam harga saham Toyota, saham tersebut masih meningkat sebanyak 18% tahun ini.


CEO Koji Sato, yang menggantikan Toyoda tahun lepas, memohon maaf atas masalah pensijilan tersebut tetapi tidak menangani kebimbangan penasihat proksi secara langsung.

Tag:

Akio Toyoda
Toyota Motor Corp
Toyota Motor Corporation
Toyota
Skandal Toyota
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
EV

Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic

Toyota Motor Corporation telah menyelesaikan pengambilalihan Primearth EV Energy Co., Ltd. (PEVE).

28-03-2024
Global

Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024

Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.

14-02-2024
Berita Auto

Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu

Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,

26-12-2023
EV

Cukup Macho, Sporty Habis, Tiba Tak Lama Lagi?

Nampaknya Toyota Motor Corporation (TMC) telah memilih untuk menggunakan jenama Lexus untuk memperkenalkan model EV generasi pertamanya.

25-09-2023
Global

Adakah Model GR Akan Diabaikan? Ini Penjelasan CEO Baharu Toyota

Peletakan jawatan presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda, telah menimbulkan kebimbangan peminat kereta sport di seluruh dunia.

02-05-2023
Berita Auto

Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan telah menghembuskan terakhirnya di usia 97 tahun.

15-02-2023
EV

CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?

Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.

27-01-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026