Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Geran Korea Selatan Bantu Sarawak Bangunkan Tenaga Hidrogen

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Screenshot-2024-06-12-at-1.54.50-PM.png


Kerajaan Sarawak telah menerima geran daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan untuk menjalankan kajian pembangunan hala tuju hidrogen di negeri ini. 


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menyatakan bahawa geran ini diberikan kepada Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, membolehkan pelan tindakan komprehensif dilaksanakan bagi memanfaatkan potensi besar tenaga hidrogen.


Komitmen Sarawak untuk Peralihan Tenaga


image.png


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menguji kereta hidrogen Toyota. 


Abang Johari menegaskan komitmen Sarawak untuk memacu peralihan tenaga secara kolektif, mendapat pengiktirafan antarabangsa. Beliau menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa dalam pembangunan tenaga hidrogen untuk menangani perubahan iklim.


Kerjasama dengan Syarikat Antarabangsa


Gentari-CEO,-Sushil-Purohit-and-SEDC-Energy-CEO,-Robert-Hardin-formalising-the-establishment-of-a-joint-venture-company-to-develop-the-Sarawak-H2-Hub-at-the-Asia-Pacific-Green-Hydrogen-2024-Conference-&-Exhibition..jpg


 SEDC Energy yang diwakili Robert Hardin dan Gentari Hydrogen, diwakili Sushil Purohit memeterai  kerjasama untuk membangunkan Sarawak H2 Hub semasa APGH 2024 baru-baru ini.


Untuk membangunkan tenaga hidrogen hijau, Sarawak telah membentuk kerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Sumitomo Corporation, ENEOS, Samsung Engineering, Korean National Oil Company, LOTTE dan Gentari.


Baca: Gentari Meterai MoU Dengan Syarikat Jepun – Majukan Industri Hidrogen & Ammonia Negara


"Kerjasama ini menunjukkan sikap proaktif Sarawak terhadap hidrogen, iaitu asas ekonomi baharu negeri dan komponen penting masa depan tenaga mampannya.


"Mereka akan memudahkan pemindahan teknologi dan pertukaran pengetahuan, membolehkan Sarawak mendapat manfaat daripada pemain yang mapan dalam bidang itu dan memajukan kapasiti dan inovasi tempatan dalam membangunkan ekonomi hidrogen," katanya.


Baca: Kerjasama Gentari & SEDC Energy: Sarawak Berpotensi Jadi Hab Hidrogen Utama Rantau Asia


Penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih


Abang Johari juga mengumumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih di Sarawak. Pusat ini akan menjadi hab inovasi, penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi termaju dalam tenaga bersih, termasuk hidrogen, hidroelektrik, tenaga suria dan biojisim. Fokusnya adalah kepada penyelesaian tenaga mampan yang memenuhi keperluan semasa sambil menjaga kesejahteraan generasi akan datang.


Sumber: BH


Tag:

Tenaga Hidrogen
Hidrogen Sarawak
Korea Selatan
Sarawak
Tenaga Hijau
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-02-2025
EV

10-02-2025
Berita Auto

04-02-2025
Berita Auto

20-12-2024
Berita Auto

28-08-2024
Berita Auto

19-08-2024
Berita Auto

01-03-2024
Berita Auto

12-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Jangan Percaya Sindiket Guna MyBayar PDRM Berkaitan Trafik

PDRM menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama PDRM dan MyBayar PDRM.

03-01-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Kenakan Caj RM5 Untuk Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kereta Bermula Ahad Ini

PUSPAKOM Sdn Bhd akan menyelaraskan Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan daripada RM3.50 kepada RM5 bermula Ahad ini.

02-01-2026
Berita Auto

Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

02-01-2026
Berita Auto

Peruntukan Terbesar: KPKT Salur RM40 Juta Untuk Turap 800 Jalan Di Perak

KPKT menganggarkan kos kira-kira RM50,000 bagi setiap jalan di kawasan perumahan.

02-01-2026
Berita Auto

Pemilik Motosikal ‘Tayar Sotong’ Meratap Nasib Di Ambang Tahun Baharu

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 bertukar menjadi 'igauan ngeri' buat sekumpulan pemilik motosikal apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur melancarkan Op Samseng Jalanan besar-besaran.

02-01-2026
Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Harga Pas Rapid KL Naik Selepas 17 Tahun, Tampung Kos Penyelenggaraan

Selepas 17 tahun mengekalkan kadar yang sama, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akhirnya mengumumkan harga baharu bagi pas perjalanan Rapid KL berkuat kuasa 1 Januari 2026.

02-01-2026
Berita Auto

Pemandu Treler Sagat Kereta, Rupanya Dah Tunggu Sejam

Pemandu treler didakwa melanggar tiga kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh menjelaskan, dia terpaksa berbuat demikian berikutan desakan selain mendakwa telah menunggu satu jam lebih di situ.

31-12-2025