Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga BMW i5 M60, Bawah RM480K

Suhana Veru

Kongsi melalui

01.-The-New-BMW-i5-M60-xDrive.jpeg

BMW Malaysia harga rasmi bagi BMW i5 M60 xDrive serba baharu ialah bermula dari RM478,800, sebentar tadi.

BMW i5 yang julung kalinya diperkenalkan pada Malaysia Autoshow 2024, boleh didapati di semua pengedar sah BMW.

Sedikit latar belakang mengenai M60 xDrive, model elektrik  dijana oleh dua motor elektrik yang menghamburkan tenaga kesemua roda. 

Tenaga maksimum ialah 601hp dan 795Nm sekali gus mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.8 saat.

02.-The-New-BMW-i5-M60-xDrive.JPG

Sementara itu, kelajuan maksimum pula sekitar 230 km/j. Ia disumbat dengan bateri berkapasiti  83.9 kWh dimana ia menjamin jarak gerak sejauh 516 km (WLTP).

Selain itu, terdapat juga Pengecaj terbina dalam (On Board Charger) pula ialah 22 kW AC, tertinggi untuk pengecaj dinding di rumah.

06.-The-New-BMW-i5-M60-xDrive.JPG

Jika anda berminat dengan model ini, BMW ada menyediakan Pelan Pembiayaan Easy Drive.

“Menerusi pelan ini, ansuran bulanannya bermula daripada RM6,295. Ansuran itu berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh lima tahun.

07.-The-New-BMW-i5-M60-xDrive.jpeg

“Pelanggan juga boleh menikmati kelebihan daripada rebat tunai RM10,000 apabila mendaftar untuk pembiayaan Easy Drive dari sekarang hingga 30 Jun 2024,” kata BMW Group Malaysia dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, dengan Pelan Pembiayaan Straight Line, pelanggan boleh memiliki BMW i5 M60 xDrive baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM5,639.

03.-The-New-BMW-i5-M60-xDrive.JPG05.-The-New-BMW-i5-M60-xDrive.jpeg

“Ansuran itu adalah  berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh tujuh tahun),” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pemilik BMW i5 M60 xDrive baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: 

• Jaminan bateri selama 8 Tahun / 160,000 km BMW (mana-mana dipenuhi dahulu)

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 

• Servis Dalam Talian BMW

Untuk keterangan lanjut, KLIK. 


Tag:

BMW Malaysia
BMW i5
BMW i5 M60 xDrive
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup
Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

19-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

20-06-2025
Berita Auto

06-03-2025
Pandu Uji

13-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026