Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Bukan Defender Biasa, Badan Lebih Berotot

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jika anda mengamati gambar di atas, ia bukannya Land Rover Defender yang biasa itu sebaliknya jentera ini adalah Land Rover Defender 110 AT35.

Defender 110 adalah cetusan idea  pakar 4x4 Arctic Trucks yang berpangkalan di  Iceland.

Untuk makluman anda, jentera ini sebenarnya bukan dibangunkan dalam sekelip mata.

Malah,  ia adalah hasil ujian dan pembangunan yang dilakukan oleh Arctic Trucks hampir lima tahun.

Melihat kepada saiz tayarnya, ia kelihatan agak besar dan tidak sesuai namun ada sebabnya Arctic Trucks memuatkan tayar BFGoodrich sebesar 35 inci

.image.pngimage.png

Ini membolehkan si pemiliknya dapat meredah perjalanan di kawasan off-road.

Hakikatnya, walaupun ia berbadan sasa, Artic Trucks berkata mereka masih menawarkan pematuhan yang positif.

Selain itu, Artic Trucks tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai pembangunan jentera tersebut.

Namun difahamkan,  Land Rover Defender 110 boleh disempurnakan dengan satu siri rangkaian kuasa daripada petrol turbo dan diesel kepada hibrid plug-in dan V8.

Menurut Arctic Trucks, penukaran enjin itu dikatakan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga minggu.

Bagi pilihan premium, ada sedikit perubahan dimana terdapat karpet premium, dihiasi dengan material kulit dan ada bar lampu.

image.pngimage.png

Jadi, sudah pastinya ada perbezaan sedikit dengan  Defender standard.

Sehubungan itu, Arctic Trucks telah menetapkan harga permulaan sebanyak £29,995 untuk pakej penukaran ini, yang secara kasarnya bersamaan dengan RM179,190.


Gallery

Tag:

Land Rover Defender 110
Land Rover Defender 110 AT35
Arctic Trucks
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Defender V8 Dilancar, Harga Bermula Dari RM998,000

JLRM melancarkan Defender V8 di pasaran Malaysia, semalam.

15-04-2025

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026