Link Copiedcheck_circle
EV

Jenama EV China, Skyworth Batal Kerjasama Dengan NexV Auto, Pilih Berjaya Corp

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Berjaya-Skyworth-(2).jpg


Beberapa bulan lalu, NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB) telah memperoleh hak pengedaran eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) Skyworth di Malaysia. Namun, perjanjian kerjasama ini dilaporkan telah dibatalkan, syarikat EV pintar Skyworth daripada Jiangsu Skywell Automobile, China itu kini telah menjalinkan kerjasama  baharu dengan Berjaya Corporation Bhd (BCorp).


Kerjasama Baharu


Skyworth Group Co Ltd dan Skywell New Energy Automobile Group Co Ltd baru-baru ini telah menandatangai memorandum kerjasama strategik (SCM) dengan Berjaya Corporation Bhd (BCorp). Perjanjian ini menandakan permulaan kerjasama antara semua yang terlibat untuk meningkatkan inovasi dan perluasan perniagaan di Malaysia dan rantau ASEAN.


Baca: NexV Dapat Hak Pengedaran & CKD EV Baharu Dari China, Skyworth Di Malaysia


BCorp & Skyworth: Fokus Terhadap Teknologi Pintar dan Tenaga Hijau


Berjaya-Skyworth-(5).jpgBerjaya-Skyworth-(4).jpg


Kerjasama antara BCorp dan Skyworth memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi pintar di Malaysia dengan memanfaatkan rangkaian pengedaran luas BCorp. Ini juga merangkumi pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian tenaga hijau, sejajar dengan matlamat kelestarian BCorp dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia.


Berjaya Eco-Drive & Skywell: Jenama NEV 


Anak syarikat BCorp, Berjaya Eco-Drive Sdn Bhd (Berjaya ED), akan bekerjasama dengan Skywell untuk menjadikan syarikat China ini sebagai jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka di Malaysia dan rantau ASEAN. Inisiatif ini bertujuan memacu pertumbuhan NEV di rantau ini melalui kerjasama strategik untuk memajukan teknologi NEV dan mengukuhkan ekosistem NEV di Malaysia.


Upacara Penandatanganan Memorandum


Berjaya-Skyworth-(1).jpeg


Memorandum kerjasama strategik antara BCorp dan Skyworth ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama BCorp, Vivienne Cheng Chi Fan dan Pengerusi Skyworth, Lin Jin. 


Perjanjian antara Berjaya ED dan Skywell pula ditandatangani oleh Pengarah Berjaya ED, Datuk Tony Khor dan Ketua Pegawai Eksekutif Skywell, Zhu Ping. 


Majlis ini disaksikan oleh pengasas dan penasihat BCorp, Tan Sri Vincent Tan, serta pengasas dan pemegang saham utama Skyworth dan Skywell, Stephen Wong.


Tan Sri Vincent Tan berkata, "Dengan menggabungkan kepakaran kami dan memanfaatkan kekuatan serantau, kami berada di hadapan dalam usaha untuk memacu inovasi, memupuk pembangunan lestari dan membuka pintu ke arah masa depan yang lebih baik.”


Sementara itu, Stephen Wong menyatakan keyakinan bahawa kerjasama yang dijalinkan ini dapat memberikan manfaat bersama, memperkukuhkan latihan bakat, melokalisasi seluruh rantaian industri dan menghasilkan projek penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia.

Sumber: The Sun

Tag:

Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)
NexV Auto Alliance Sdn Bhd (NAASB)
Skywell Skyworth
EV Skyworth
Skywell New Energy Automobile Group Co Ltd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

27-11-2023

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026