Link Copiedcheck_circle
Global

Jualan Kurang Laris, Jadi Terpaksa Tutup Kilang

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Suzuki Motor mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup kilang mereka di Thailand pada hujung tahun depan.

Pihak syarikat mengesahkan  langkah penutupan kilang itu diambil disebabkan jualan  perlahan di negara tersebut selain mahu menumpukan kepada tapak pengeluaran global dengan pasaran yang lebih menjanjikan.

Menurut jurucakap Suzuki, jualan kereta berkurangan kepada 7,500 kenderaan dalam tahun fiskal.

“Sebaliknya, tidak menunjukkkan sebarang tanda-tanda bahawa unit jualan itu meningkat,” katanya.

image.png

Untuk itu, pihaknya telah menyusun semula strategi dan akan menumpukan usaha pengeluaran di negara-negara Asia seperti Indonesia, Jepun, dan India sejurus kilang di Thailand akan  ditutup nanti.

Namun, di sebalik penutupan kilang itu, ia akan mengakibatkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran.

Bagaimanapun , Suzuki akan terus menjual kereta elektrik dan hibrid di Thailand melalui SMT memandangkan persaingan Jepun-China yang berlaku ketika ini agak sengit di Thailand.

Buat masa ini, Suzuki masih belum ada kenderaan elektrik sepenuhnya di pasaran gara-gara menghadapi persaingan daripada pesaing China yang mengeluarkan model EV yang semakin banyak.

image.png

Malah, ppembuat kereta Jepun seperti Toyota dan Isuzu, yang memegang pasaran trak pikap Thailand, juga menghadapi persaingan daripada pesaing China.


Gallery

Tag:

Suzuki
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bilik Pameran Pertama Suzuki Kini Di PJ

Bilik pameran baharu itu akan menjadi lokasi eksklusif untuk mempamerkan semua model Suzuki baharu yang memasuki pasaran Malaysia.

26-05-2025
Global

Suzuki Minta Maaf Sebab Terpaksa Tangguh Tempahan Suzuki Jimny 5-Pintu, Ada Sebabnya

Orang Jepun suka Suzuki Jimny 5-Pintu sampai pihak syarikat terpaksa menangguhkan tempahan.

06-02-2025
Berita Auto

Suzuki Luaskan Jejak Bermula Tahun Ini – Enam Lokasi Baharu, Penang Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd, merancang untuk memperluaskan rangkaian cawangannya di seluruh negara tahun ini.

25-01-2025
Global

Bekas CEO Suzuki Meninggal Dunia – Berkhidmat Sejak 1958, Ini Sumbangan Besar Osamu Suzuki...

Dunia automotif dikejutkan dengan berita pemergian Osamu Suzuki, bekas pemimpin Suzuki Motor Corporation (Suzuki), yang meninggal dunia pada Hari Krismas.

31-12-2024
Berita Auto

JPJ Panggil Balik: Honda, Suzuki (Motosikal), Toyota dan Mercedes-Benz

JPJ membantu pengeluar kenderaan dengan memanggil balik (recall) beberapa model kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan kenderaan.

11-09-2024
Global

Hanya Ada 500 Unit, Jadi Mahal Sedikit

Hanya 500 unit dihasilkan.

17-05-2024
Global

Suzuki Swift Tiba Di Eropah

Suzuki Swift bakal dijual di pasaran Eropah bermula tahun depan.

08-12-2023

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026