Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Punca Kenderaan Ditarik, Hilang Kerja, Sakit, Diberhentikan Kerja, Ditimpa Musibah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, sebanyak 1,200 kereta dan motosikal ditarik gara-gara si pemiliknya gagal menjelaskan bayaran kepada pihak bank.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), ¬Rosland Mohd. Arif kepada Kosmo! baru-baru ini.

Malangnya, rata-rata kenderaan yang ditarik balik itu adalah milik golongan muda yang tidak mempunyai pekerjaan, diberhentikan kerja dan ditimpa musibah termasuk sakit.

Bayangkan, setiap hari, pihak 4PM menerima 30 hingga 40 panggilan daripada orang ramai yang mengadu kereta dan motosikal mereka ditarik.

“Dalam kes terbaharu, pemilik Perodua Axia mengadu kereta¬nya yang menjadi tempat berte¬duh ditarik kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan. Dia yang bekerja di Kuala Lumpur dan berasal dari Terengganu terpaksa tinggal dalam kereta demi untuk melangsaikan hutang.

image.png

“Di 4PM, peranan kami adalah membantu melanjutkan tempoh pinjaman. Kita juga akan berun¬ding meminta pihak bank untuk tidak melelong kenderaan pengadu,” katanya.

Dianggarkan 70 peratus atau 1,050 aduan yang diterima pihaknya melibatkan pemilik kereta, manakala bakinya adalah motosikal. 

Mereka berusia berusia 21 hingga 40 tahun.


Jelasnya, rata-rata pemilik kenderaan membuat pembayaran ansuran bulanan seperti biasa kepada bank, namun ‘terkandas’ di tengah jalan disebabkan masalah kewangan.

“Mengendalikan kes pinjaman yang sudah lama dibuat lebih mudah berbanding mereka yang baru membuat pinjaman, biasa¬nya kita akan cari funder untuk menyelamatkan kenderaan itu daripada dilelong,” katanya.

Rosland bagaimanapun membantah pendekatan yang digunakan syarikat penarik kereta yang dilantik oleh bank yang dilihat mempunyai unsur gengste¬rism dan tidak beretika.

“Ada yang mengugut mahu menampal surat merah. Ada kes penarik kereta dakwa akan buat laporan polis dan panggil peguam sebab pemilik dikatakan sudah menipu dalam urusan jual beli kerana tidak membuat bayaran bulanan,” tambahnya.

Gallery

Tag:

4PM
kereta ditarik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026