Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 4S BMW Retail.NEXT Pertama Di Terengganu Kini Beroperasi Secara Rasmi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-MillenniumWelt-KualaTerengganu-4SCentre-1.jpg


Wakil pengedar jenama BMW di Malaysia, Millennium Welt bekerjasama dengan Autohaus Prima untuk membuka bilik pameran terbaru Retail.NEXT di Kuala Terengganu. 


Kemudahan Moden dan Selesa


BMW-MillenniumWelt-KualaTerengganu-4SCentre-3.jpg


Berkeluasan mencecah 15,000 kaki persegi, Pusat 4S ini menampilkan konsep Retail.NEXT oleh BMW yang menjanjikan pengalaman unik gabungan fizikal dan digital dalam persekitaran moden. 


Pusat 4S ini dilengkapi dengan kafe yang menarik dengan ruang santai premium yang luas. Kemudahan ini boleh digunakan oleh pelanggan semasa menunggu kenderaan mereka diservis. 


Pengalaman Servis Terbaik


BMW-MillenniumWelt-KualaTerengganu-4SCentre-2.jpgBMW-MillenniumWelt-KualaTerengganu-4SCentre-4.jpg


Pelanggan Pusat 4S Millennium Welt Kuala Terengganu bakal disambut oleh 15 kakitangan yang komited untuk memenuhi segala keperluan. Fasiliti seperti ruang menyambut pelanggan, ruang konsultasi digital, lounge servis dan jualan memastikan pengalaman pemilikan terbaik.


Kemudahan Pengecasan EV


Pusat 4S ini juga menyediakan kemudahan pengecasan AC dan DC untuk kenderaan elektrik (EV) BMW. BMW Group Malaysia kini mempunyai lebih 1,700 kemudahan pengecasan di seluruh negara, dengan beberapa daripadanya disediakan melalui kerjasama dengan penyedia pengecasan EV tempatan.


BMW-Group-Malaysia-MD-Benjamin-Nagel.JPG


Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel meluahkan kegembiraan melihat pembukaan pusat BMW pertama dengan konsep Retail.NEXT di Terengganu. 


"Sejak penubuhannya pada tahun 2013, Millennium Welt telah menjadi rakan kongsi yang tidak ternilai dalam rangkaian kami, secara konsisten memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang cemerlang kepada pelanggan kami di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. 


“Dengan pembukaan pusat pengedaran BMW pertama yang menggunakan konsep Retail.NEXT di Terengganu, kami teruja dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada lebih ramai pelanggan di sini serta menyaksikan dedikasi berterusan Millennium Welt terhadap visi dan peranan kami sebagai penyedia Mobiliti Elektrik Premium terkemuka di Malaysia,” katanya. 


Pengarah Urusan Millennium Welt Group,  Bryan Wong, turut menyuarakan keterujaan untuk memperkenalkan konsep inovatif ini di Terengganu.

 

Info Ringkas


Alamat: 159, Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu


Waktu Operasi Jualan: Setiap hari (8.30 pagi-5.30 petang) 


Waktu Operasi Pusat Servis: Setiap hari kecuali Khamis & Jumaat (8.30 pagi-5.30 petang) | Khamis (8.30 pagi-1.30 petang) | Jumaat (Tutup)


Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Millennium Welt.

Tag:

Pusat 4S BMW
Pusat 4S BMW Retail.NEXT
Retail.NEXT
MIllennium Welt
Pusat 4S BMW Terengganu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Auto Bavaria Sungai Besi Bakal Ditutup, Lokasi Baru Dibuka Mac Ini

Sime Darby Auto Bavaria Sungai Besi bakal berpindang ke pusat pengedaran 4S baharu.

26-02-2024
Berita Auto

Kerjasama Solaroo, Pengedar BMW: Bumbung Solar Percuma Kepada Pemilik BMW iX Baru

Quill Automobiles dan Millennium Welt bekerjasama dengan Solaroo untuk melancarkan program bumbung solar pertama di Malaysia

09-06-2023
EV

Stesen Pengecas EV MINI Pertama Di Seremban Dilancarkan

Millennium Welt, selaku pengedar sah jenama BMW, BMW Motorrad dan MINI telah melancarkan fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) MINI di Seremban.

11-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026