Link Copiedcheck_circle
Global

Ulang Tahun Ke-25 BMW X5 Diraikan Dengan Versi Off-Road – Terhad 1,000 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-X5-SilverAnniversaryEdition-10.jpg


BMW X5 Silver Anniversary Edition.


BMW meraikan ulang tahun ke-25 model SUV pertamanya, BMW X5, dengan pelancaran versi edisi istimewa, Silver Anniversary Edition. 


Kehebatan 'Off-Road' yang Dipertingkat


Edisi ini dibangunkan khas berdasarkan model X5 xDrive40i bukan hibrid. Dari segi trenkuasa, ia masih menggunakan enjin turbo 3.0 liter enam silinder yang sama, menghasilkan 329 hp dan 450 Nm, mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat. 


BMW-X5-SilverAnniversaryEdition-15.jpgBMW-X5-SilverAnniversaryEdition-7.jpg


BMW X5 edisi khas ini didatangkan dengan pakej BMW xOffroad. 


Bagaimanapun, ia diberikan pakej xOffroad yang  mana sistem pacuan empat roda (FWD) pintar digunakan, menggantikan sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive BMW. Sistem FWD ini mengoptimumkan kawalan dan pemanduan berdasarkan mod terrain yang dipilih, membolehkannya ‘menakluk’ kawasan yang  tidak boleh dilalui oleh model standard. 


Suspensi dan Perlindungan Tambahan


BMW-X5-SilverAnniversaryEdition-14.jpg


Selain sistem 4WD, model edisi istimewa ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi udara dua gandar, kunci diferensial belakang mekanikal dan plat pelindung bahagian bawah badan. Tayar lasak all-terrain General Grabber juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan. 


Penampilan Unik dan Sporty


BMW-X5-SilverAnniversaryEdition-16.jpgBMW-X5-SilverAnniversaryEdition-8.jpg


Walaupun dinamakan Silver Anniversary, model ini hadir dalam warna kelabu Lime Rock Grey dengan kemasan Extended Shadowline yang menggantikan warna perak standard kepada tona yang lebih gelap. Di sudut bawah, model khas ini dipasangkan dengan rim jejari M Star dua warna berukuran 20 inci. Badannya turut diberikan kit badan Sport dengan aksen aluminium.


Kabin Mewah dan Eksklusif


BMW-X5-SilverAnniversaryEdition-12.jpgBMW-X5-SilverAnniversaryEdition-11.jpgBMW-X5-SilverAnniversaryEdition-13.jpgBMW-X5-SilverAnniversaryEdition-3.jpg


Model ini diberikan tempat duduk depan sporty dan kemasan gentian karbon yang diambil daripada model X5 M Competition dan X5 M60i. Upholsteri Sensafin turut ditawarkan dalam beberapa pilihan warna termasuk  hitam, coklat pekat (Coffee), coklat keemasan (Cognac) dan kelabu perak (Silverstone). Model khas ini turut dipasangkan dengan plak peringatan ulang tahun ke-25 di konsol tengah.


Harga


BMW-X5-SilverAnniversaryEdition-1.jpg


Harga BMW X5 Silver Anniversary Edition bermula daripada $79,900 (~RM376,309) untuk pasaran Amerika Utara, dengan hanya 1,000 unit akan dihasilkan.


Tag:

BMW X5 Silver Anniversary Edition
BMW X5
Silver Anniversary Edition
BMW X5 Off-Road
xOffroad BMW
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

BMW Bakal Keluarkan Kenderaan Hidrogen Secara Besar-Besaran Mulai 2025

BMW telah mempertontonkan kenderaan berteknologi hidrogen, iX5 Hydrogen.

14-08-2022
Berita Auto

Model Edisi Terhad Ini Dijual RM480K

Sime Darby Auto Bavaria mengumumkan ketibaan kumpulan kedua X5 xDrive 45e baru-baru ini.

22-02-2022
EV

Rahsia Di Sebalik Siri BMW

BMW mendedahkan sejarah asal-usul nama modelnya.

28-01-2022

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026