- Berita
- Gaya Hidup
- WTCA Selami Pengalaman Pelanggan GAC GS3
WTC Automotif (M) Sdn. Bhd. ("WTCA") mengadakan perjumpaan buat julung kalinya dengan pemilik GAC GS3 EMZOOM di Genting Sempah, Pahang baru-baru ini.
Menerusi perjumpaan itu, para pemilik GAC GS3 berpeluang berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai jentera mereka.
Apa yang cukup menarik ialah mereka boleh memberi maklum balas selain memberi cadangan, mereka terus kepada pihak pengurusan GAC Malaysia
Sementara itu, Ketua Jualan dan Pembangunan Rangkaian di WTCA, Francis Chin berkata, pihaknya cukup menekankan acara sedemikian kerana ia dilihat amat penting dalam meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan jenama di bawah naungan mereka.
“Kami amat menghargai komitmen dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh pengguna awal GAC GS3 EMZOOM,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan ketika perjumpaan diadakan pihak pengurusan turut menjawab pelbagai soalan berkaitan kemas kini perisian, sistem infotainmen dan banyak lagi.
Bagi yang tidak tahu mengenai WTCA, ia mempunyai rangkaian bilik pameran dan pusat servis di seluruh negara.
WTCA kini mengendalikan 10 rangkaian seluruh negara dan bersedia untuk meningkatkan jumlah itu kepada 25, termasuk di Malaysia Timur, menjelang akhir tahun ini.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari