Link Copiedcheck_circle
EV

Zeekr X Bakal Dipertontonkan Dalam Acara Eksklusif Bersama Rakan Niaga, Hampir Dilancarkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Zeekr-Malaysia-(5).jpg


Setelah berbulan khabar anginnya berlegar, jenama Zeekr yang dimiliki oleh Geely dilaporkan akan mula melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia.


Perkara ini disahkan selepas rakan-rakan niaganya dikatakan telah menerima jemputan untuk menyaksikan SUV Zeekr X buat pertama kalinya di Grand Hyatt KL. 


Acara tersebut juga mungkin akan dihadiri oleh wakil Zeekr dari ibu pejabat, yang akan membuat pendedahan mengenai butiran syarikat, produk dan sasarannya untuk pasaran Malaysia. 


Zeekr-Malaysia-(7).jpg


Sebelum ini, CariCarz pernah melaporkan bahawa Zeekr, sebuah jenama premium di bawah syarikat Geely telah memulakan operasi di negara jiran, Singapura dan Thailand. Syarikat tersebut telah membuka tempahan dengan penghantaran yang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini. 


Selain itu, CNetPost.com beberapa hari lalu melaporkan bahawa proses pengeluaran kenderaan bagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) kini telah dimulakan. 


Zeekr-Malaysia-(8).jpg


Maklumat ini menyakinkan kita bahawa Zeekr akan mula membuka tempahan untuk kenderaannya di  Malaysia tidak lama lagi dengan penghantaran yang dijangka tidak jauh daripada yang dijadualkan untuk Singapura dan Thailand. Barisan produk yang akan ditawarkan juga sama seperti negara jiran kita ini, iaitu bermula dengan Zeekr X, sebelum diikuti oleh Zeekr 009


Berdasarkan maklumat dalaman industri, Sime Darby Group berkemungkinan besar akan mewakili jenama Zeekr di Malaysia, bukan Pro-Net yang dijangkakan sebelum ini


Zeekr-Malaysia-(2).jpg


YB Tengku Zafrul telah melawat kilang pengeluaran Zeekr di China, tahun lalu. 


Untuk makluman, Zeekr X ialah SUV crossover elektrik dalam segmen B yang dibina berdasarkan platform SEA seperti smart #1. Di China, ia ditawarkan dalam beberapa pilihan iaitu sama ada versi motor tunggal, pacuan roda belakang (AWD) dan dua motor, pacuan semua roda (AWD) yang dikuasakan oleh bateri NMC berkapasiti 66 kWj. Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 22 kW dan DC 150 kW, seperti smart #1. 


Zeekr-Malaysia-(10).jpgZeekr-Malaysia-(3).jpg


Sementara itu, MPV elektrik Zeekr 009 juga dibangunkan berdasarkan platform SEA seperti Volvo EM90. Di China, model ini ditawarkan dalam versi trenkuasa dua motor AWD dengan output 536 hp (400 kW), dikuasakan oleh bateri CATL yang berkapasiti 116 kWj atau 140 kWj, memberikan kenderaan kemampuan untuk mencapai jarak EV maksimum  sehingga 822 km (CLTC). 


Tag:

Zeekr
Zeekr X
Zeekr 009
Zeekr Malaysia
Zeekr Preview
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
Global
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.

22-01-2026
EV
Spek Zeekr 8X Didedahkan, Bateri 70kWj, Gerak EV 328KM
Global
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Berita Auto
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
Teknologi
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025

Berita Terkini

EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026