Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bas Sekolah Bawa Rombongan Pengantin Ditahan di Terengganu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BAS-SEKOLAH-BAWA-ROMBONGAN-PENGANTIN_2.png


Tindakan seorang pengusaha bas sekolah menggunakan basnya sebagai bas persiaran untuk membawa rombongan pengantin ke Terengganu membawa padah. 


Bas tersebut ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu semasa  Ops Bersepadu yang dijalankan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini. 


Bas Sekolah Disalah Guna


Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion, menyatakan bahawa bas dari Kedah yang sedang membawa 40 penumpang itu melanggar syarat permit kerana ia tidak dilesenkan sebagai bas persiaran dan mengendalikan rombongan tanpa lesen pelancongan yang sah. 


Menurutnya, bas sekolah hanya dibenarkan membawa murid sekolah dalam lingkungan 30 kilometer sahaja. Tetapi bas ini membawa keluarga besar dari Kedah ke Terengganu, yang berisiko tinggi kerana ia tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh. 


Kesalahan Berulang


Tambah beliau, pengusaha bas tersebut pernah dikenakan tindakan atas kesalahan yang sama oleh MOTAC pada Januari lalu. Pihaknya memandang serius kesalahan ini kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang. 

Kesalahan Lain yang Dikesan Sepanjang Operasi

BAS-SEKOLAH-BAWA-ROMBONGAN-PENGANTIN_1.png

Dalam operasi tersebut, sebanyak 11 kenderaan perkhidmatan awam dan bas pesiaran turut diperiksa. Empat saman dikeluarkan atas kesalahan tiada pemandu kedua (dua kes), tiada pemandu pelancong dan salah guna permit pelancongan (masing-masing satu kes).

Selain itu, 12 kesalahan teknikal turut dikesan, termasuk pemadam api luput tarikh, tiada peti pertolongan cemas dan membawa aksesori berbahaya.

Sumber: Buletin TV3

Tag:

Bas sekolah
Bas persiaran
JPJ
JPJ Terengganu
Ops Bersepadu JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?

Ramai tak daftar dengan persatuan bas sekolah, situasi itu dianggap sebagai 'bom jangka' kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.

09-07-2025
Berita Auto

MoT Sudah Luluskan Pindaan Had Usia Minimum Lesenkan Bas Sekolah

Had usia maksima penggunaan bas sekolah tetap dikekalkan pada 30 tahun.

22-04-2025
Berita Auto

Tambang Bas Sekolah Naik Antara RM5, RM10

Keputusan itu sepenuhnya berdasarkan rundingan antara pengusaha bas dan ibu bapa tanpa campur tangan kerajaan.

08-01-2025
Berita Auto

Jadikan Iktibar: Jangan Rakam Gambar/Video Kanak-Kanak

Seorang pemandu bas yang pernah tular akibat merakam video mencium pipi seorang kanak-kanak di dalam bas menangis apabila dia didakwa melakukan amang seksual.

10-09-2024
Berita Auto

Video Pelajar Viral: Pemandu Bas Sudah Ditahan!

Menteri mengarahkan pegawainya membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemandu bas sekolah memuat naik video pelajar di media sosial.

06-09-2024
Berita Auto

"Tambang Bas Sekolah, Bas Ekspres Tak Patut Naik," - Menteri

Diesel untuk kenderaan pengangkutan awam darat kekal pada harga RM1.88 seliter.

11-06-2024
Berita Auto

JPJ Cekup 11 Bas Ekspres, Persiaran Tidak Sediakan Pemandu Kedua

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 11 bas ekspres dan persiaran yang tidak mempunyai pemandu kedua

17-09-2025
Berita Auto

Wajib Pakai Tali Pinggang Dalam Bas Sebab Mahu Elak Kematian

Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar dalam bas ekspres dan persiaran bukan sekadar peraturan sebaliknya bagi mengurangkan risiko lebih serius ketika berlaku kemalangan.

13-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026