- Berita
- EV
- Buat Pemilik smart, Anda Wajib Sertai smartCO, Ada Sebabnya
smart Malaysia melancarkan program komuniti, smartCO, yang sebenarnya khusus buat pemilik EV smart di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pihaknya bukan sekadar menghasilkan kereta tetapi mahu membina kelompok komuniti.
“Dengan smartCO, kami memberikan pelanggan peluang yang tiada tandingan untuk mengembangkan perniagaan mereka sambil memupuk kesepaduan dalam kalangan pemilik smart.
“Kami yakin bahawa program ini akan meletakan satu penanda aras baru dalam ndustri,” katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi program itu, para pemilik dapat bertukar pendapat antara ahli program lain melalui aplikasi Hello smart.
Inisiatif ini dikatakan dapat menggalakkan pertukaran pengalaman dan pandangan yang ideal.
Selain itu, bagi yang menyertai program tersebut, mereka berpeluang mempromosikan perniagaan mereka.
Bukan itu sahaja, ahli program smartCO akan menikmati faedah yang eksklusif untuk setiap program smart.
Malah, ahli program smartCO juga ditawarkan diskaun khas dan pakej yang menarik kepada pemilik yang lain bagi mewujudkan ekosistem yang bermanfaat dan menguntungkan sesama ahli program.
Tambah Zhang Qiang, smartCO sebenarnya bukan hanya sekadar program.
“ Ia adalah kenyataan yang berani akan keyakinan terhadap kuasa komuniti dan potensi transformasi teknologi kami.
“ Kami bukan sahaja memimpin pasaran EV; kami sedang memperkuatkannya semula,” ujarnya.
Bagi yang berminat, anda boleh daftar sekarang, berikut adalah langkahnya:
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Faedah Komuniti smartCO, KLIK.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari