Link Copiedcheck_circle
EV

Gentari, Hubject Jalin Kerjasama, Perbaik Pengalaman Pengguna EV Negara ASEAN

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Gentari-Hubject-MoU.jpeg

Gentari Green Mobility Sdn Bhd (Gentari) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hubject untuk mengintegrasikan perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara.


Memperluaskan Rangkaian Pengecasan EV 


smart-1-Brabus-Ext-2.jpgGentari-App-(9).jpg


Kerjasama ini akan menghubungkan rangkaian pengecas EV Gentari dengan platform eRoaming Hubject, memudahkan pengguna EV untuk mengakses lebih banyak titik pengecasan di rantau ini.


Teknologi Plug&Charge


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-4.jpgGentari-App-(4).jpg


Gentari juga bakal menggunakan teknologi Plug&Charge Hubject yang membolehkan pemandu EV mengecas dengan mudah, hanya perlu memasukkan nozel pengecas dan memulakan pengecasan tanpa perlu menggunakan aplikasi atau kad RFID. Buat masa ini, Gentari sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pengilang peralatan tulen (OEM) untuk membolehkan sistem Plug&Charge ini dilaksanakan. 


Rangkaian Pengecasan EV Terbesar


smart-1-Brabus-Ext-29.jpg


Setakat ini, Gentari mengendalikan rangkaian pengecas pantas DC terbesar di Malaysia dengan lebih 120 pengecas DCFC daripada 400 titik pengecasan di seluruh negara. Sebelum kerjasama dengan Hubject, Gentari telah pun menyediakan akses kepada lebih daripada 2,400 pengecas di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand dalam rangkaian perayauan EV melalui aplikasi Gentari Go. 


Melalui kerjasama ini, Gentari merancang untuk memperbaik pengalaman pengecasan EV di Asia Tenggara dengan teknologi Hubject, dengan sasaran untuk mencapai satu juta titik pengecasan global menjelang tahun 2024.


Komitmen terhadap Mobiliti Hijau


CEO Hubject, Christian Hahn, berkata firmanya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Gentari. Gabungan kekuatan Gentari dalam tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik akan menjadikan Gentari juara mobiliti EV di Asia Tenggara dan mempercepatkan peralihan kepada mobiliti lestari.


Shah-Yang-Razali-Gentari.jpg


Sementara itu, Timbalan CEO Gentari dan CEO Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli, menambah bahawa Gentari komited memajukan pengangkutan lestari dengan memastikan keselamatan, kebolehpercayaan, keselesaan, dan nilai untuk pelanggan. Kerjasama dengan Hubject akan menjadi pemacu utama integrasi EV dalam pengangkutan harian.



Tag:

Hubject
Gentari x Hubject
Memorandum Persefahaman (MoU)
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MoU Malaysia, China Dimeterai Untuk Kukuhkan Sistem Pengangkutan

Hubungan strategik Malaysia-China terus diperkukuh apabila kedua-dua pihak memeterai MoU berkaitan sistem pengangkutan, semalam.

18-04-2025
EV

Perodua, Gentari Meterai MoU Sediakan Pengecas EV, Integrasi Aplikasi

Pengeluar kereta nasional, Perodua, telah mengambil langkah penting dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Gentari Sdn Bhd.

22-11-2024
Berita Auto

Kerjasama Chery, Projek Belia Mahir – Asah Kemahiran Belia Dalam Sektor Automotif, Peluang Kerja Dengan Chery

Chery Corporate Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Projek Belia Mahir.

24-07-2024
EV

ChargeSini, MMU Meterai MoU Projek Penyelidikan, Bangun Sistem AI Untuk Pengecas EV

ChargeSini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi terkemuka Malaysia, MMU.

04-06-2024
EV

KINETA & ChargEV Meterai MoU Perluas Rangkaian Pengecasan Yang Komprehensif

Kineta dan ChargEV telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memajukan misi Kineta dalam menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif dan memperluas rangkaian pengecasannya.

27-05-2024
Berita Auto

Gentari Meterai MoU Dengan Syarikat Jepun – Majukan Industri Hidrogen & Ammonia Negara

Syarikat kejuruteraan Jepun, IHI Corporation dan Gentari Hydrogen Sdn Bhd, menandatangani memorandum persefahaman (MoU). Ini yang akan diusahakan...

20-12-2023
Berita Auto

Lebuh Raya Bertingkat Bakal Didirikan Sepanjang Sungai Klang? Ini Perkembangannya...

Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC).

18-12-2023
Berita Auto

Maxis Sediakan 4G,5G Untuk Blueshark, JomCharge

Maxis jalin hubungan dengan Blueshark, JomCharge.

23-11-2023

Berita Terkini

EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025