Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kenderaan Meningkat 6.6% Separuh Pertama 2024, Unjuran Baharu Lebih Tinggi – MAA

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan peningkatan jumlah volum industri (TIV) jualan kenderaan baharu Malaysia sebanyak 6.6% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2024 iaitu 390,296 unit berbanding 366,176 unit pada tempoh yang sama tahun 2023, peningkatan sebanyak 24,120 unit.


Segmen Kereta Penumpang Catat Prestasi Jualan & Tempahan Tinggi


Screenshot-2024-07-16-at-12.18.21-PM.png


Perbezaan TIV pada separuh pertama tahun 2024 dan 2023. (Sumber: MAA)


Kenaikan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh segmen kenderaan penumpang yang mencatatkan peningkatan volum terbesar. Dari Januari hingga Jun 2024, jualan kereta dan tempahan terkumpul yang direkodkan ialah 356,859 unit berbanding 326,697 unit dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatan sebanyak 30,162 unit atau 9.2%.


Screenshot-2024-07-16-at-12.24.37-PM.png

TIV kenderaan penumpang dan komersial separuh pertama 2024 dan 2023.  (Sumber: MAA)


Dalam tempoh yang sama, kenderaan komersial mencatatkan 33,437 unit, berkurang 6,042 unit atau 15.3% daripada 39,479 unit yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.


Peningkatan Unjuran TIV 2024


image.png


Berdasarkan prestasi kukuh ini, MAA telah menaikkan unjuran bagi keseluruhan 2024 kepada 765,000 unit berbanding unjuran sebelumnya, 740,000 unit.


MAA telah mengambil kira beberapa faktor dalam semakan semula unjuran untuk tahun 2024. Pertama, ekonomi domestik yang kukuh di mana kerajaan optimis bahawa  ekonomi Malaysia akan berkembang antara 4.0 hingga 5.0% tahun ini. Kedua, keputusan Bank Negara untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari baru-baru ini yang mungkin dapat merangsang perbelanjaan domestik termasuk untuk pembelian kereta baharu.


DSC03110-(2).jpg


Sidang media MAA yang diadakan sebentar tadi.


Selain itu, terdapat  tempahan yang sihat untuk pesanan yang diterima terutamanya dalam pasaran kereta penumpang segmen A. Di samping itu, kemasukan pemain baharu dan pelancaran model-model baharu yang menarik serta mampu milik turut memainkan peranan penting yang meningkatkan permintaan. 


Peningkatan TIV dalam separuh pertama tahun 2024 menunjukkan pasaran automotif Malaysia berada pada landasan yang positif. Dengan unjuran TIV yang dinaikkan, MAA yakin industri automotif Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tahun ini.

Tag:

MAA
Malaysian Automotive Association (MAA)
Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
TIV 2024
Unjuran 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-09-2025
Berita Auto

16-07-2025
Berita Auto

27-02-2025
Berita Auto

13-12-2024
Berita Auto

13-11-2024
Berita Auto

15-10-2024
Berita Auto

19-09-2024
Berita Auto

16-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026