Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-Mercedes-AMG-GLA-45-S.jpg


Sebentar tadi, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan  Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+. Model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM539,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


TRENKUASA MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+ 


Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang menghasilkan kuasa 421 hp dan tork 500 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik dwi-klac (DCT) 8 kelajuan AMG Speedshift dan sistem 4Matic+. 


Sistem trenkuasa ini membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 4.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 270 km/j. 


REKA BENTUK MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+ 


Caricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-2.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-9.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-17.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-5.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-13.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-7.jpg


Dari segi rekaan, Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ diberikan pembaharuan kecil seperti apron baharu dengan logo Affalterbach AMG pada bonet, lengkungan roda dalam warna badan, rekaan lampu hadapan dan belakang baharu, serta rim AMH 21 inci. 


Caricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-15.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-12.jpg


Beberapa bahagian badan diberikan kemasan berwarna hitam berkilat seperti perumah cermin sisi, spoiler belakang, ekzos AMG dan banyak lagi. 


KABIN MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+ 


Caricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-24.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-27.jpg

Caricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-18.jpgCaricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-30.jpg


Memasuki ruang kabin, dapat dirasakan aura sporty Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ yang didatangkan standard dengan tempat duduk sport. Turut ditawarkan sebagai pilihan tambahan ialah tempat duduk sport versi AMG Performance yang hadir dalam balutan kulit sintetik Artico dan gentian fiber MICROCUT. M


Dari segi teknologi, model ini menggunakan sistem infotainmen dengan MBUX terkini yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Skrin infotainmen dan kluster instrumen yang digunakan kedua-duanya berukuran 10.25 inci. Stereng  yang digunakan ialah jenis multi-fungsi AMG Performance generasi terkini dalam balutan Nappa/gentian fiber MICROCUT. 


Kelengkapan lain ialah port pengecasan USB berkuasa tinggi dan port USB-C, pencahayaan ambien 64 warna dan kawalan pendingin hawa automatik THERMOTRONIC, sistem audio Burmester dengan 12 speaker (output 710 watt). Yang menariknya, pengguna boleh memilih efek bunyi AMG Real Performance Sound untuk ngauman enjin turbo di dalam kabin.


KESELAMATAN MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+ 


Caricarz-MBA-Mercedes-AMG-GLA-45-S-Launch-1.jpg


Dari segi keselamatan, AMG GLA 45 S 4MATIC+ didatangkan dengan Driving Assistance Package, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Blind Spot Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist, Exit Warning Assist dan beg udara sisi di belakang. Turut ditawarkan ialah KEYLESS-GO Convenience Package, bukaan ruang kargo belakang EASY-PACK, HANDS-FREE ACCESS, GUARD 360° Vehicle Protection Plus dan sistem pemantau tekanan tayar. 


HARGA MERCEDES-AMG GLA 45 S 4MATIC+ 


Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada  RM539,888, atas jalan, tanpa insurans.  Harga adalah termasuk perlindungan standard selama 4 tahun tanda had perjalanan daripada MBM. 


Tag:

Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift
Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+
Mercedes-AMG GLA45S
Mercedes-AMG GLA
Mercedes-Benz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Berita Auto

Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik

Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.

25-06-2024
Kereta Baru

Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

MBM sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial semalam.

30-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025