Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLB 35 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM418,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MB-AMG-GLB-35_-(1).jpg


Selain Mercedes-AMG C63 S E Performance dan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan secara rasmi Mercedes-AMG GLB 35 4Matic untuk pasaran Malaysia. Model ini ditawarkan di pasaran pada harga yang bermula daripada RM418,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


TRENKUASA MERCEDES-AMG GLB 35 4MATIC


MB-AMG-GLB-35_-(58).jpg


SUV tujuh tempat duduk ini menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter turbo yang didatangkan dengan sistem hibrid ringkas 48V termasuk starter generator yang memberikan kuasa tambahan sementara sebanyak 14 ps atau 10 kW semasa pecutan. Sistem ini juga dikatakan meningkatkan kehalusan fungsi henti-mula enjin. 


Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi AMG SPEEDSHIFT DCT 8G dan sistem pacuan AMG Performance 4MATIC. 


Dengan sistem trenkuasa ini, Mercedes-AMG GLB 35 4Matic boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. 


REKA BENTUK MERCEDES-AMG GLB  35 4MATIC 


MB-AMG-GLB-35_-(7).jpgMB-AMG-GLB-35_-(51).jpg

MB-AMG-GLB-35_-(56).jpgMB-AMG-GLB-35_-(53).jpg


Mercedes-AMG GLB 35 4Matic diberikan beberapa reka bentuk baharu berbanding versi terdahulu seperti yang dapat dilihat pada apron depan dengan logo AMG dan lampu signature hadapan yang kelihatan lebih agresif. Model ini menggunakan rim aloi ringan 5 jejari kembar AMG yang berukuran 20 inci dalam warna hitam matte dan kaliper brek berwarna merah. 


KABIN MERCEDES-AMG GLB  35 4MATIC


MB-AMG-GLB-35_-(43).jpgMB-AMG-GLB-35_-(12).jpgMB-AMG-GLB-35_-(10).jpgMB-AMG-GLB-35_-(9).jpg


Bergerak masuk ke dalam kabin, Mercedes-AMG GLB 35 4Matic diberikan sistem MBUX generasi terkini yang menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta sistem arahan suara yang lebih sofistikated. Skrin infotainmen dan kluster instrumen, kedua-duanya berukuran 10.25 inci. 


Ciri standard lain ialah bumbung suria panoramik automatik, pad pengecas telefon tanpa wayar, papar pandu (HUD) dan kamera 360 darjah, sistem audio Burmester, USB dengan kapasiti pengecasan lebih tinggi serta port USB-C. 


KESELAMATAN MERCEDES-AMG GLB  35 4MATIC


AMG GLB 35 4MATIC didatangkan dengan Driving Assistance Package, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Blind Spot Assist, Active Brake Assist, dan Exit Warning Assist. Turut ditawarkan, KEYLESS-GO Convenience Package, bukaan ruang kargo EASY-PACK, HANDS-FREE ACCESS, GUARD 360° Vehicle Protection dan pemantau tekanan tayar. Selain itu, model ini hadir dengan teknologi parkir yang menyokong bantuan parkir sisi dengan pandangan  360° melalui imej 3D.


HARGA MERCEDES-AMG GLB  35 4MATIC


Model ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada  RM418,888, atas jalan, tanpa insurans.  Harga adalah termasuk waranti MBM selama 4 tahun tanpa had perjalanan. 

Tag:

Mercedes-AMG GLB35 facelift
Mercedes-AMG GLB35
Mercedes-Benz Malaysia (MBM)
Mercedes-AMG GLB
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

18-09-2025
Kereta Baru

10-09-2025
Kereta Baru

10-09-2025
Kereta Baru

10-09-2025
Kereta Baru

12-08-2025
Kereta Baru

26-06-2025
Kereta Baru

13-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025