Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik  pada bulan ini.

Model baharu itu akan didedahkan sempena acara “The New MINI Family” di JioSpace, Petaling Jaya pada 13 Julai ini.

image.png

Bagaimanapun, pihak syarikat masih mengunci mulut mengenai  model yang bakal diperkenalkan pada acara tersebut.

Sebaliknya berdasarkan poster yang dikeluarkan berhubung acara The New Mini Family, nampaknya pihak syarikat akan melancarkan model serba elektrik, MINI Cooper SE.

Model itu bakal menyertai tiga lagi model MINI generasi baharu yang muncul pada Pameran Auto Malaysia 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang, baru-baru ini.

image.pngimage.png

Mengimbas kembali, MINI Cooper versi petrol kini dibuka untuk tempahan dimana ia dijual pada harga  RM280,000.

Dua model lain ialah MINI Countryman SE ALL4 generasi ketiga dan JCW Countryman ALL4

Kedua-duanya juga dibuka untuk tempahan dimana masing-masing dijual pada harga RM260,000 dan RM399,000.

Selain mengenai pelancaran model baharu itu, MINI Malaysia bakal menganjurkan acara eksklusif berkonsepkan MINI untuk menyambut Keluarga MINI Baharu (The New MINI Family) dan peminat MINI (MINIacs) di JioSpace, Petaling Jaya pada hari yang sama.

image.png

Menerusi acara itu, MINIacs berpeluang merasai pengalaman tambahan terbaru kepada Keluarga MINI ini secara langsung dan merasai pemanduan di tengah-tengah bandar.

Malah pelbagai jenis permainan bertemakan MINI dengan peluang untuk memenangi barangan MINI eksklusif.

Berikut adalah perinciannya: 


Tarikh: Sabtu, 13 Julai 2024

Masa: 9:30 pagi hingga 8:30 malam

Lokasi: JioSpace

Lot 1, Jalan 19/1b, Seksyen 19,

46300 Petaling Jaya, Selangor




Gallery

Tag:

MINI
MINI Cooper SE EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.

24-02-2025
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

MINI Cooper S 5-Door sudah menembusi pasaran tempatan.

08-10-2024
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
Gaya Hidup

Tahniah Kepada Semua Pengedar BMW

Lebih 200 tetamu hadir pada majlis Dealer Awards Night yang diadakan di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

19-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026