- Berita
- EV
- Optimis Mampu Capai 10,000 Pengecas Tahun 2025 Kerana Tiada Lagi Kerenah Birokrasi – Tengku Zafrul
Optimis Mampu Capai 10,000 Pengecas Tahun 2025 Kerana Tiada Lagi Kerenah Birokrasi – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam proses pemasangan stesen pengecas telah membuahkan hasil setelah jumlah stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 12.5% setakat 25 Jun, berbanding suku pertama tahun ini.
Pusat Sehenti Melancarkan Proses

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menjelaskan bahawa sebelum ini, proses kelulusan melibatkan banyak agensi dan kementerian, termasuk Suruhanjaya Tenaga, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bomba.
"Peningkatan (bilangan stesen) dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini banyak. Pada mulanya ada cabaran dari segi kelulusan, namun mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof telah berjaya mengurangkan kerenah birokrasi.
"(Apabila) ada ada pusat sehenti, alhamdulillah usaha itu sudah dipercepatkan,” katanya.
Sasaran Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon
Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, yang diumumkan pada 2020, menggariskan sasaran untuk memasang sejumlah 10,000 pengecas EV menjelang tahun 2025. Ini termasuk 9,000 unit pengecas AC dan 1,000 unit pengecas DC.

Pada 4 Julai lalu, MITI mendedahkan bahawa sebanyak 2,585 unit pengecas EV telah dipasang di seluruh negara setakat 25 Jun, tidak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Tengku Zafrul yang optimis negara dapat mencapai sasaran sebanyak 10,000 pengecas tersebut memaklumkan bahawa sasaran untuk penyediaan stesen pengecas DC telah dinaikkan daripada 1,000 kepada 1,500 unit tahun ini, berikutan permintaan tinggi daripada pengguna.
Sumber: Bernama
Baca: EV Lagi Laris Dari Hibrid Di Malaysia? BYD, Tesla Teratas
Baca: Sistem BESS chargEV Bolehkan Pengecasan Pantas EV Di Mana Sahaja, Capai 240 kW
Baca: EV Jadi Pilihan Golongan M40, Kereta Mampu Milik Golongan B40 – Kenanga Research
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
