Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Saga Punca Jualan Proton Pada Jun Cecah Lebih 10K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar kereta nasional PROTON menjual 10,999 unit pada bulan Jun (domestik dan eksport) sekali gus mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dalam carta jualan automotif.

Mana tidaknya, sebahagian jualan itu datang daripada hasil jualan Proton Saga kerana model ini sudah lama bertahta di hati rakyat Malaysia.

Jualan Proton Saga sahaja mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, sekali gus  menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit. 

Bagaimanapun, jumlah jualan untuk bulan tersebut terganggu akibat penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, enam bulan pertama tahun 2024 adalah tempoh konsolidasi bagi PROTON.

“Jadi, walaupun penutupan kilang memberi kesan jangka pendek terhadap jumlah jualan kami, kecekapan yang diperoleh hasil daripada kerja yang dilakukan sudah membantu kami mengejar volum pada separuh kedua tahun ini."

"Kami juga gembira melihat pelancaran Proton X50 2024 baru telah disambut dengan permintaan yang kukuh dari pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

image.png

Tambah beliau, model tersebut akan menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mencari SUV segmen B.

 “Kami mengharapkan respons yang sama dari pasaran apabila kami mengumumkan Proton X70 2025 yang telah mengalami pembaharuan yang besar.

Dengan model baharu smart bakal dilancarkan tidak lama lagi dan ketibaan model EV pertama daripada e.MAS, pasaran boleh menjangkakan lebih banyak perkembangan positif daripada PROTON untuk separuh kedua tahun ini,” katanya.

Melihat kepada angka jualan itu, Proton mendedahkan bahawa Proton X50 kembali ke tangga teratas kelas SUV segmen B dengan 1,711 unit terjual, dengan mencatatkan prestasi yang terbaik selama tiga bulan.

image.png

Satu lagi model yang menjadi peneraju segmennya adalah Proton S70, dimana  1,440 unit dijual pada bulan Jun.

Selain itu, Proton Saga sudah pastinya bertahta di hati rakyat Malaysia kerana ia mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, sekali gus  menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit. 

image.png

Secara purata, lebih daripada 5,800 unit telah dijual setiap bulan, menjadikannya salah satu kenderaan yang terlaris di negara.

Tidak ketinggalan Proton Persona dimana model ini juga kejayaan dengan cara tersendiri apabila jualannya mencecah kepada 1,309 unit pada bulan Jun.

Hasil jualan itu sudah  memadai untuk menduduki tempat kedua teratas untuk bulan tersebut danmengekalkan kedudukannya sebagai model sedan segmen B yang kedua terlaris tahun ini.

Gallery

Tag:

Proton X50
Proton S70
e.MAS
Proton X70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026