Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Taktik Pemandu Kenderaan Berat Tetap Dihidu JPJ

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemandu kenderaan berat yang membawa lebih muatan dikesan  menggunakan empat 'laluan tikus' bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Itu kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

"Bagi daerah Jasin, laluan yang kita kenal pasti ialah di Chohong, Lipat Kajang dan Chabau manakala di daerah Alor Gajah pula di Simpang Ampat. Laluan ini menjadi 'hot spot' untuk kita membuat operasi.

"Ini adalah jalan kampung dan boleh dikatakan jalan tikus untuk lori lebih muatan ini menggunakannya untuk keluar dari Melaka,” katanya.

image.png

Menurutnya, bagi mengelak perjalanan mereka dihidu pihak berkuasa juga, kebanyakan lori membawa lebih muatan itu akan bergerak keluar pada waktu malam.

"Selalunya operasi di kawasan ini dibuat pada waktu malam kerana pada sebelah siang jarang kita kesan kenderaan berat yang membawa muatan lebih kebiasaannya muatan dibawa oleh lori itu adalah silika, tanah, batu dan barang pembinaan.

"Berdasarkan rekod Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang berakhir pada 30 Jun lalu, kita mengeluarkan sebanyak 123 Notis Arah Timbang dan 24 Notis Lebih Muatan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta 28 Notis Arah Timbang JPJ," katanya.


Gallery

Tag:

JPJ Melaka
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026
Berita Auto

Nak Pakai Kereta Mewah Tapi Tak Nak Bayar Insurans, Cukai Jalan

Pemilik Toyota Vellfire dicekup gara-gara menggunakan nombor pendaftaran kereta Perodua Kancil.

26-11-2025
Berita Auto

JPJ Akui Masih Ramai Tak Pakai Tali Pinggang Dalam Bas Sebab Tiada Kesedaran

Masih ramai yang tidak memakai tali pinggang Ketika berada di dalam bas ekspres dan persiaran perkara itu sudah diwajibkan sejak 1 Julai lalu.

31-07-2025
Berita Auto

Guna Kenderaan Mikromobiliti Di Atas Jalan Awam, Boleh Kena Denda RM1,000, Penjara 3 Bulan

Kenderaan mikromobiliti hanya dibenar digunakan di kawasan yang dikhaskan.

05-05-2025
Berita Auto

JPJ Melaka Terima Toyota Fortuner, Bantu Tingkatkan Penguatkuasaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menjadi jabatan pengangkutan yang pertama untuk menerima pertambahan kenderaan baharu.

17-01-2024
Berita Auto

JPJ Selangor Lelong Kereta, Kutip RM527, 878

Sebanyak RM527,878 berjaya diperoleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hasil lelongan kenderaan sita siri ketiga untuk tahun ini.

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026