Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota GR Corolla Bakal Ditawarkan dalam Versi Automatik?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_review_Toyota-GR-Corolla_TA_-65.jpg


Toyota GR Corolla


Toyota GR Corolla dikhabarkan akan ditawarkan dalam versi transmisi automatik (AT) bagi model tahun 2025 yang akan datang. Perkara ini tersebar di internet  minggu ini melalui satu dokumen yang telah dibocorkan.


Toyota GR Corolla dan GR Yaris  berkongsi sistem rangkaian kuasa yang sama. Oleh itu, tidak mengejutkan sekiranya sistem transmisi automatik sama akan diperkenalkan pada GR Corolla.


toyota-yaris-gr-front-3-4.jpg


Toyota GR Yaris


Pilihan transmisi automatik 8 kelajuan itu dijangka akan ditawarkan bersama-sama dengan versi standard iaitu transmisi manual 6 kelajuan. Pada GR Yaris 2024MY, versi AT turut hadir dengan pedal penukar gear. 


GR Corolla juga dijangkakan akan diberikan peningkatan tork daripada 370 Nm kepada 400 Nm. Buat masa ini, GR Corolla menggunakan enjin turbo 3 silinder 1.6 liter. 


web_CariCarz_review_Toyota-GR-Corolla_TA_-9.jpgweb_CariCarz_review_Toyota-GR-Corolla_TA_-27.jpgweb_CariCarz_review_Toyota-GR-Corolla_TA_-45.jpg


GR Corolla 2025MY dijangka akan diberikan kuasa tork yang lebih tinggi, 400 Nm. Model semasa menggunakan enjin turbo 3 silinder 1.6 liter yang memberikan output kuasa 296 hp/370 Nm,  dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan. 


Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan beberapa penambahbaikan seperti radiator dan saluran pendingin brek yang lebih baik, stereng dengan fungsi pemanas, serta perubahan kosmetik kecil di bahagian luar. 


web_CariCarz_review_Toyota-GR-Corolla_TA_-23.jpg


Walaupun Toyota masih belum membuat pengumuman rasmi, pilihan transmisi automatik ini akan menjadikan GR Corolla menarik kepada lebih ramai pembeli memandangkan majoriti pemandu lebih memilih transmisi automatik yang mudah digunakan berbanding manual. 


Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Kelebihan Toyota GR Corolla & Kenapa Ia Bukan Untuk Semua


Model ini yang kini ditawarkan di pasaran hanya dalam versi manual, dijual pada harga RM355,000. Bagi yang inginkan pengalaman memandu yang dapat memacu adrenalin, inilah model yang patut dipertimbangkan. 

web_CariCarz_review_Toyota-GR-Corolla_TA_-10.jpg

Tag:

Toyota GR Corolla
Toyota GR Yaris
GR
Toyota GR
AT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

18-09-2025
Global

03-06-2025
Global

04-04-2025
Global

05-02-2025
Global

02-08-2024
Global

09-07-2024
Global

30-05-2024
Gaya Hidup

26-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026
Berita Auto

Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!

Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.

06-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Tiada Kenaikan Kadar Tol Tahun Ini Tapi Rakyat Sebenarnya Tetap Rugi? – Ini Kata Pakar

Kerajaan kini berdepan tekanan hebat daripada pelbagai pihak untuk mendedahkan kandungan Perjanjian Konsesi Lebuh Raya yang selama ini tersimpan rapi sebagai rahsia rasmi.

06-01-2026
Berita Auto

Dalam Sebulan Proton Saga MC3 2026 Lepasi Jualan 10,000 Unit, Ada Sebabnya!

Proton Saga MC3 2026 mencatatkan jualan sebanyak 10,000 unit sebaik dilancarkan secara rasmi pada 27 November lalu. .

05-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

Sistem Amaran Cubaan Bunuh Diri Kesan 32 Kes Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang

PLUS mengesan 32 kes cubaan bunuh diri selepas memasang SAS di Jambatan Pulau Pinang.

05-01-2026
Berita Auto

Pemandu Kereta Mewah Ramai Salah Guna Lorong Kecemasan

"Bosan hadap jem" dan "mahu cepat sampai" menjadi alasan kebanyakan pemandu yang degil menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

05-01-2026