- Berita
- Berita Auto
- Warga Kota Ambil Perhatian, Banyak Jalan Ditutup Sabtu Ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan 14 jalan akan ditutup sempena acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, pada Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, penutupan sementara itu bermula jam 8 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan jam 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.
"Penutupan jalan secara sementara ini adalah untuk memberi laluan kepada tetamu Diraja melalui laluan berkenaan dan sampai mengikut masa yang ditetapkan.
Antara jalan yang terlibat:
• Jalan Tun Razak
• Jalan Kia Peng
• Jalan Raja Chulan
• Jalan Ampang
• Jalan Sultan Ismail
• Lebuhraya Sultan lskandar
• Jalan Tuanku Abdul Halim
• Jalan Semantan
• Jalan Damansara
• Jalan Istana
• Kuala Lumpur-Seremban Expressway
• Jalan Kuching (arah Selatan)
• Bulatan Dato Onn
• Jalan Parlimen

Sehubungan itu, anda dinasihatkan untuk tidak melalui laluan yang terbabit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/