Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cycle &Carriage Bakal Edar Kereta Stellantis, Mula Dengan Peugeot

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jenama Peugeot yang berada di bawah Stellantis Malaysia mengorak setapak ke hadapan apabila syarikat itu memeterai kerjasama dengan pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage dalam satu majlis yang diadakan di Petaling Jaya, pagi tadi.

Menerusi hasil kerjasama itu, ini akan menyaksikan bahawa  Cycle& Carriage menambah Peugeot ke dalam portfolio jenamanya.

image.png

Langkah itu juga adalah seiring daripada usaha pengembangan berterusan Stellantis Malaysia untuk jenama Peugeot.

Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Morais berkata, pihaknya  cukup berbesar hati untuk mengalu-alukan rakan pengedar baharu  mereka ke dalam rangkaian yang semakin berkembang.

image.png

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan memperluaskan  jangkauan kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan,” katanya.

image.pngimage.png

Difahamkan, dua bilik pameran sedia ada Cycle & Carriage  yang terletak di Cheras dan Batu Caves akan mula mempamerkan dan menjual kenderaan Peugeot di bawah satu bumbung selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.

Selain itu, Cycle& Carriage akan  mengedarkan  semua jenama yang berada di bawah Stellantis Malaysia, dengan memperluaskan rangkaian pengedarnya di kawasan Utara dan Selatan Semenanjung menjelang 2025 nanti.

image.png

Malah, pihak C&C juga  akan mewujudkan ruang untuk jenama Peugeot baharu di cawangannya yang terletak di Pulau Pinang,

Hasil kerjasama ini dilihat seiring  dengan misi berterusan Stellantis Malaysia untuk mengembangkan rangkaiannya di seluruh negara, dengan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya  30 cawangan akan beroperasi pada penghujung tahun ini.

Untuk makluman, selain daripada jenama Peugeot, Stellantis Malaysia juga dikatakan sudah bersedia untuk memperkenalkan jenama kenderaan elektrik, Leapmotor .

Ia adalah sebuah jenama baharu yang berpangkalan di  China dan turut dimiliki oleh Stellantis kerana memegang kepentingan 51% saham.

Gallery

Tag:

Stellantis Malaysia NSC
Cycle & Carriage
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

C&C Mercedes-Benz Batu Caves Berwajah Baharu – Lebih Canggih & Mesra Pelanggan

Cycle & Carriage (C&C), salah satu pengedar automotif tertua dan terbesar di Malaysia, telah merasmikan semula Pusat 2S Mercedes-Benz Batu Cave.

15-05-2025
Berita Auto

Cycle & Carriage Cheras Kini Pamer Jenama Peugeot & Mercedes-Benz Di Bawah Satu Bumbung

Pengedar kereta premium tempatan, Cycle & Carriage, minggu ini telah merasmikan cawangan di Jalan Cheras (Cycle & Carriage Cheras) yang telah dinaiktaraf.

25-10-2024
Berita Auto

C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!

Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.

06-10-2024
Berita Auto

Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.

02-07-2024
Berita Auto

Cycle & Carriage Mutiara Damansara Diiktiraf Pengedar Automotif Paling Lestari

Cycle & Carriage Mutiara Damansara, telah menerima Pengiktirafan Perak GreenRE.

19-09-2023
Berita Auto

Pusat Badan & Cat C&C Glenmarie Terima Akredasi Tertinggi Mercedes-Benz

Pusat servis Cycle And Carriage (C&C) Mercedes-Benz di Glenmarie telah ditingkatkan kepada status akreditasi tertinggi Mercedes-Benz.

05-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026