Link Copiedcheck_circle
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa bulan  membuat debut globalnya pada Pameran Auto Beijing , MINI Aceman EV akhirnya dilancarkan secara rasminya  di Thailand, baru-baru ini.

Ia dijual pada harga sekitar RM255,000.

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian berspesifikasi tinggi yang dikenali sebagai varian SE.

Aceman SE ini menampilkan motor elektrik yang dipasang di hadapan, dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 215 hp dan tork 330 Nm.

image.png

Ini membolehkannya ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  7.1 saat dan kelajuan maksimum cecah 170 km/j.

MINI Aceman ini datangkan dengan  pek bateri  berkapasiti 54.2-kWj dimana ia boleh bergerak sejauh sekurang-kurangnya sejauh 405 km dengan hanya sekali cas. 

Jarak gerak itu dianggarkan memgikut standard WLTP.

image.png

Baterinya itu turu menyokong pengecasan AC dengan kapasiti 11 kW dimana baterinya  mengambil masa 

kira-kira lima jam dan 45 minit untuk penuh.

Sementara itu, jika menggunakan pengecasan DC 95 kW yang lebih pantas ini membolehkannya baterinya penuh semula daripada 10–80% hanya dalam masa 31 minit.

image.png

Menyentuh mengenai saiznya pula, Aceman adalah sepanjang 4,076 mm, lebarnya pula 1,754 mm dan ia memiliki ketinggian 1,515 mm.

image.png

Sementara itu,  jarak rodanya pula ialah 2,606 mm sekali gus menunjukkan ia sebenarnya lebih kecil berbanding dengan Countryman.

Dari segi  saiz dan reka bentuk, MINI Aceman kelihatan  sedikit lasak tetapi masih  menampilkan beberapa ciri gaya hatchback.

Berbalik kepada spesifikasi Thailand ini, MINI Aceman didatangkan dengan rim aloi dua-tona ‘Night Flash Spoke’ 18-inci.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan dua kemasan dalaman jenis kulit Vescin sintetik yang berwarna  Nightshade Blue atau Beige).

image.pngimage.png

Selain itu, ia juga hadir dengan bumbung kaca panaromik, skrin infotainmen OLED, yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto ada kluster instrumet digital dengan paparan head-up, kerusi depan jenis sports dan terdapat pengecas tanpa wayar, sistem bunyi Harmon kardon, paparan utama dan banyak lagi.

Memandangkan Aceman telah pun membuat debut ASEAN di Thailand, kami boleh menjangkakan crossover kecil baharu ini akan mendarat di pasaran kita dalam masa terdekat. 

image.png

Buat masa ini, MINI Malaysia telah melancarkan EV Cooper dan Countryman baharu ke dalam pasaran tempatan, menjadikan Aceman sebagai satu-satunya produk MINI generasi seterusnya yang belum membuat debut tempatannya.


Gallery

Tag:

MINI ACEMAN
MINI
Mini Aceman SE
ACEMAN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

23-05-2025
Berita Auto

Auto Bavaria Kenalkan Mini Aceman Elektrik Pertama Di Tebrau

Auto Bavaria memperkenalkan crossover kompak elektrik, MINI Aceman pertama, di Auto Bavaria Tebrau, Johor.

13-11-2024
EV

Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K

MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik.

28-10-2024
EV

EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024

MINI Aceman akhirnya membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024.

25-04-2024
EV

Crossover Elektrik, MINI Aceman Didedahkan Menjelang Penampilan Sulungnya di Auto China 2024

Ini dia MINI Aceman yang bakal diperkenalkan semasa Auto China 2024 minggu depan.

21-04-2024
EV

Kilang Mini Oxford Bakal Keluarkan EV Aceman, Cooper

Banyak MINI EV bakal tiba tak lama lagi.

12-09-2023
Berita Auto

Hasil Kenderaan Elektrik Baharu MINI, Kemungkinan Dikenali Sebagai The Aceman?

MINI yang baharu sahaja mengumumkan mengenai matlamatnya yang mahu menjadi kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang tahun 2030 membuat keputusan untuk memperkenalkan kereta pembakaran enjin terakhirnya pada tahun 2025.

29-04-2021
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025

Berita Terkini

EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026
EV

Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM

Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.

01-01-2026
EV

Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma

Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.

31-12-2025
EV

Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?

Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.

29-12-2025
EV

Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba

Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.

29-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
EV

Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun

Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.

24-12-2025