Link Copiedcheck_circle
Global

Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Sofea Najmi

19-8-2024

Kongsi melalui

Lamborghini-Temerario-V8PHEV-11.JPG


Setelah beberapa teaser didedahkan, Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario. Nama "Temerario," yang bermaksud berani atau tidak gentar dalam bahasa Itali, sesuai dengan karakter supercar ini yang dilengkapi enjin hibrid plug-in V8 dengan tiga motor, menawarkan kuasa 45% lebih tinggi berbanding model sebelumnya.


Enjin Baharu V8 Turbo Kembar: Kuasa Tanpa Tandingan


Lamborghini-Temerario-V8PHEV-29.JPGLamborghini-V8-Hybrid-7.jpg


Inti kuasa Lamborghini Temerario terletak pada enjin baharu, 4.0 liter V8 turbo kembar (dengan kod nama L411) yang dibangunkan khusus untuk model ini. Tidak seperti enjin V8 yang digunakan pada Urus PHEV atau model-model lain daripada VW Group, enjin V8 Temerario mempunyai  flat-plane crank yang meningkatkan tahap respon, membolehkannya mencapai lebih 10,000 rpm!


Dengan output kuasa 789 hp dan 730 Nm, enjin V8 ini sudah cukup untuk mengatasi kuasa Huracan Evo yang hanya 631 hp dan 600 Nm. Namun, jurutera Lamborghini tidak berhenti di situ. Enjin V8 ini diperkasakan lagi dengan tiga motor elektrik yang menghasilkan 148 hp. 


Dua daripada motor ini menggerakkan roda hadapan dalam mod pemanduan Citta (Bandar), menjadikan Temerario sebuah supercar pacuan semua roda (AWD).


Lamborghini-Temerario-V8PHEV-13.JPG


Satu lagi motor elektrik ditempatkan di antara enjin V8 dan transmisi automatik lapan kelajuan baharu, yang berfungsi sebagai starter generator untuk mengurangkan kesan turbo lag. 


Secara keseluruhannya, gabungan enjin V8 dan motor elektrik ini menghasilkan kuasa keseluruhan 907 hp, menjadikan Temerario lebih berkuasa berbanding pesaingnya seperti Ferrari 296 GTB (819 hp) dan McLaren 750S (740 hp).


Lamborghini-Temerario-V8PHEV-15.JPG


Walaupun sistem kuasa yang kompleks ini menambah berat kenderaan kepada 1,690 kg, iaitu 268 kg lebih berat daripada Huracan Evo dan 220 kg lebih berat daripada 296 GTB, kuasa yang mantap ini berjaya ‘menyembunyikan’ beban tersebut. Lamborghini mendakwa Temerario mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.7 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya.


Dengan kelajuan maksimum 343 km/j, Temerario tergolong dalam kalangan model versi pengeluaran yang terpantas pernah dihasilkan oleh jenama ini. 


Teknologi Hibrid Plug-In


Lamborghini-Temerario-V8PHEV-10.JPGLamborghini-Temerario-V8PHEV-14.JPG


Walaupun prestasi enjin V8 model ini didedahkan secara terperinci, Lamborghini tidak mendedahkan butiran penuh aspek elektrik Temerario. Bagaimanapun, apa yang diketahui setakat ini adalah ia dilengkapi dengan bateri 3.8 kWj yang kecil, dengan jarak EV yang tidak didedahkan. Bateri ini boleh dicas menggunakan pengecas AC 7 kW atau menggunakan enjin V8 sebagai penjana dalam mod pemanduan Recharge.


Rekaan dan Teknologi: Gabungan Gaya dan Fungsi


Dari segi rekaan, Lamborghini Temerario menggabungkan elemen rekaan dari model Huracan dan Revuelto HPEV. Ia memiliki siluet sebuah kereta sport berenjin tengah dengan garis badan yang tajam  dan elemen rekaan bersudut yang sering dilihat pada kedua-dua model tersebut. Apa yang membezakan Temerario dari pendahulunya ialah lampu hadapan baharu dengan lampu DRL LED berbentuk heksagon di bahagian depan.


Selain unit pencahayaan dan bilangan silinder yang lebih sedikit, perbezaan lain antara Temerario dan Revuelto terletak pada penggunaan casis aluminium yang lebih murah, bukannya gentian karbon sepenuhnya seperti pada Revuelto. 


Suis Penghidup Enjin Ala Jet


Lamborghini-Temerario-V8PHEV-17.JPGLamborghini-Temerario-V8PHEV-22.JPG


Di dalam, Temerario mengekalkan susun atur papan pemuka (dashbaord) yang sama seperti model terdahulu, dengan skrin infotainmen pada kedudukan potret dan konsol tengah terapung yang menempatkan suis penghidup enjin seperti dalam kokpit jet. 


Empat mod pemanduan ditawarkan, termasuk Strada, Sport, Corsa dan Corsa Plus. Selain itu, terdapat juga mod drift khas yang membolehkan pemandu memilih tahap oversteer yang berbeza untuk aksi 'tail-wagging'.


Harga Jualan


Lamborghini-Temerario-V8PHEV-50.JPGLamborghini-Temerario-V8PHEV-49.JPG


Buat masa ini, Lamborghini masih belum mengumumkan harga rasmi untuk Lamborghini Temerario V8 PHEV. Memandangkan Huracan Evo dijual pada harga melebihi $300,000 (~RM1.3 juta) di beberapa pasaran antarabangsa, besar kemungkinan jentera elektrik ini akan dijual pada harga yang lebih tinggi, berkemungkinan hampir $400,000 (~RM1.77 juta).


Baca: SUV PHEV Berprestasi Tinggi, Lamborghini Urus SE Kini Di Malaysia – Capai 789 HP! Dari RM1,028,000


Tag:

Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario V8 PHEV
Lamborghini Huracan
Lamborghini Urus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power

Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.

13-03-2025
Global

Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power

Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.

13-03-2025
Berita Auto

Lamborghini Terbabas, Pemandu Maut

Niat seorang lelaki untuk bersarapan di Bentong tidak kesampaian.

30-06-2024
Global

Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi

Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.

24-03-2023
Berita Auto

Polis Itali Guna Lamborghini Huracán Hantar Buah Pinggang Dalam 1 Hari, Perjalanan Hampir 600KM!

Pentingnya kewujudan kereta berprestasi tinggi dalam situasi kecemasan yang membabitkan masa!

28-12-2022
Berita Auto

Jentera Lumba V10 Dengan Pengaruh Countach!

Siri perlumbaan ‘one-make’ Lamborghini Super Trofeo akan menyaksikan kehadiran Huracan Super Trofeo EVO2 bermula musim tahun hadapan.

21-07-2021
Berita Auto

Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!

Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.

29-06-2021
Berita Auto

Sampai Hati Rosakkan Lamborghini Bos

Gara-gara bengang dibuang kerja, seorang lelaki tergamak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya di Taman Melawati, Ampang, baru-baru ini.

30-08-2024

Berita Terkini

Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global

Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".

30-04-2025
Global

Ini Dia Info Chery Tiggo 4 HEV CSH, Enjin 1.5 Liter, Boleh Gerak Lebih 1,000 KM?

Tiggo 4 HEV bakal menembusi pasaran tempatan, tidak lama lagi.

29-04-2025
Global

SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia

Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3 di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.

28-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Ini Dia Kereta Konsep Mercedes Benz, Vision V, Rekaan Melampau!

Mercedes-Benz mendedahkan kereta konsep terbaharunya, Mercedes-Benz V Vison yang pada Auto Shanghai 2025, baru-baru ini.

28-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?

Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.

25-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: iCAUR V23 Bakal Didedah Di Malaysia

Jenama iCAUR didedahka pada MAS 2025.

25-04-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Dedah Info Lepas L8

Lepas L8 diperkenalkan sebagai sebuah SUV segmen D.

25-04-2025