- Berita
- Berita Auto
- Polis Itali Guna Lamborghini Huracán Hantar Buah Pinggang Dalam 1 Hari, Perjalanan Hampir 600KM!
Polis Itali Guna Lamborghini Huracán Hantar Buah Pinggang Dalam 1 Hari, Perjalanan Hampir 600KM!
![]()
Pentingnya kewujudan kereta berprestasi tinggi dalam situasi kecemasan yang mana masa adalah segalanya!
Baru-baru ini, tular berita tentang polis Itali yang menggunakan Lamborghini Huracán untuk menghantar buah pinggang kepada dua orang pesakit kepada dua hospital berbeza yang berjarak kira-kira 400 km.
Perjalanan untuk menghantar organ tersebut bermula dari Padua di bahagian utara Itali hingga ke sebuah hospital yang terletak di Modena di mana seorang penerima organ telah pun menunggu. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Rom untuk menghantar buah pinggang kepada penerima kedua.


Untuk menyelesaikan misi ini, Huracán LP 610-4 Polizia tersebut telah menempuhi perjalanan sejauh 569 km!
Organ yang dibawa diletakkan di dalam sebuah kotak penyejuk yang dimuatkan di dalam ruang bot berkapasiti 100L Huracán.


Dari segi reka bentuk, Huracán LP 610-4 Polizia dilengkapi livery polis serta peralatan penting lain seperti lampu khas di bahagian bumbung, perakam video, radio serta defibrilator.

Huracán tersebut dikuasakan oleh enjin V10 aspirasi natural 5.2L dengan output maksimum 610 bhp (602 hp) / 560 Nm. Model ini dapat melakukan pecutan abad dalam masa hanya 3.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j. Cukup berkuasa untuk menjalankan tugas menjaga keamanan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Huracán LP 610-4 yang digunakan tersebut merupakan sumbangan daripada Lamborghini kepada pihak polis di negara tersebut bagi menggantikan Gallardo yang pernah digunakan sebelum ini antara tahun 2004 hingga 2008.

Kredit Foto: Polizia di Stato via Facebook
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Angkara Pandu Laju, Pemilik "Putih Mata" Lamborghini Aventador Baru Beli Remuk Teruk
Baca: EV Mewah Ini Boleh Capai 800KM! SUV Aehra Diperkenalkan Di Itali
Baca: Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ
Ops Luxury JPJ: Lamborghini RM1 Juta Disita Cukai Jalan Mati.
08-09-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!
Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario.
19-08-2024
Lamborghini Terbabas, Pemandu Maut
Niat seorang lelaki untuk bersarapan di Bentong tidak kesampaian.
30-06-2024
Lamborghini Catat Keuntungan RM3.2 Bilion Tahun 2022, 56% Lebih Tinggi
Pengeluar kereta Itali, Lamborghini, telah mendedahkan laporan kewangan syarikat bagi tahun 2022.
24-03-2023
Jentera Lumba V10 Dengan Pengaruh Countach!
Siri perlumbaan ‘one-make’ Lamborghini Super Trofeo akan menyaksikan kehadiran Huracan Super Trofeo EVO2 bermula musim tahun hadapan.
21-07-2021
Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!
Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.
29-06-2021
Berita Terkini
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
