Link Copiedcheck_circle
EV

MG Cyberster Didedah, Mungkin Lancar Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor Malaysia) turut mendedahkan MG Cyberster 2024 sempena pendedahan dua model terbaharunya di Petaling Jaya, semalam.

Selain model MG5 dan MG HS, SAIC Motor turut membuat kejutan kepada pihak media apabila mereka membawa masuk model paling mengancam mereka itu.

Namun, MG Cyberster ini  jauh sekali berbeza dengan dua model yang didedahkan itu.

image.pngimage.png

Di peringkat global, MG Cyberster hadir dalam dua varian – versi pacuan roda belakang (AWD) dengan hanya satu motor elektrik, manakala satu lagi adalah pacuan semua roda (RWD) yang lebih berkuasa dibekalkan dengan dua motor elektrik.

Varian pacuan roda belakang mampu menghasilkan kuasa setakat 340 PS dan 475 NM. Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 5 saat manakala yang kedua pula boleh menghamburkan kuasa setinggi 544 PS dan 725 NM.

Kuasanya yang cukup bertenaga membolehkan ia memecut  dari 0-100 km/j hanya dalam 3.2 saat.

Kedua-dua model ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 64kWj dan  77 kWj dimana varian pacuan roda belakang boleh bergerak sejauh 444km manakala varian RWD boleh bergerak sejauh 509 km.

Sebaliknya unit pratonton MG Cyberster yang didedahkan semalam adalah varian yang menggunakan motor berkembar.

Apapun, kehadirannya nyata berjaya memukau  perhatian orang ramai. Mana tidaknya dengan gaya luarannya yang cukup mengancam dan menonjol membuatkan ramai yang jatuh hati.

image.png

 Dari segi luarannya, ia menampilkan muncung seperti ikan jerung dengan lampu hadapan jenis LED seperti badam selain didatangkan dengan pintu yang boleh dibuka sampai ke atas.

Menjengah bahagian belakangnya,  ia dilengkapi dengan lampu  seperti bendera Union Jack, dipasang dengan rim bersaiz 20 inci dan ada juga komponen saluran masuk udara.

image.pngimage.png

Melihat kabinnya, ia menawarkan tempat dudukjenis sports dimana ia boleh dilarasakan dalam enam hala serta  dibaluti dengan  kulit Nappa dan upholsteri Alcantara.

image.pngimage.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah terdapat tiga skrin yang terdiri daripada paparan tengah utama 10.25 inci diapit oleh dua skrin sentuh 7 inci, dwi. -kawalan iklim zon, serta sistem audio Bose 8 pembesar suara.

Sama seperti kebanyakan EV premium, MG Cyberster juga dilengkapi dengan sistem bantuan canggih ADAS.

Di sebalik sesi pratonton semalam, SAIC Motor Malaysia telah membayangkan rancangan untuk melancarkan Cyberster di Malaysia tidak lama lagi.

image.png

Ada kemungkinan MG Cyberster akan dilancarkan  sebelum  akhir tahun ini. Buat masa ini, pihak syarikat masih belum memberi bayangan mengenai harganya.

Jika dibandingkan dengan harga model di Thailand, harga anggaran adalah sekitar RM250,000 dan RM350,000.

Gallery

Tag:

MG Cyberster EV Roadster
MG Cyberster EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-12-2024
Kereta Baru

24-10-2024
EV

02-12-2023
EV

23-04-2023
EV

12-07-2024
EV

01-02-2024

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026