Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MG HS, Ada 2 Varian, Harga RM130K-150K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain MG5, pihak SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd turut mendedahkan dua model terbaharunya,  MG HS ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Untuk makluman anda, MG HS akan hadir dalam versi diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Ia  ditawarkan dalam dua varian: MG HS Standard dan MG HS Lux.

Kedua-dua varian ini disumbat dengan enjin 1.5 liter petrol turbocharge serta digandingkan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan.

image.png

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 162PS dan tork 250Nm.

Berikut adalah perincian MG HS Standard:

Lampu jenis LED dengan lampu nyalaan siang hari

Lampu belakang jenis LED

Ada rel bumbung

Rim aloi bersai17 inci

Kemasan dalaman berwarna hitam

Kerusi pemandu boleh dilaraskan dalam 6 hala serta ada sokongan lumbar

Tempat duduk penumpang boleh dilaraskan 4 hala

Paparan skrin Multi info 7 inci

Skrin infotaimen bersaiz 10.1 inci  dan ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto

Ada kamera undur

Kawalan klimak tunggal dengan penapis udara PM 2.5

Ada penghawa dingin di belakang

Active Rollover Protection

6 beg udara

Dilengkapi dengan ciri keselamatan: Sistem Brek Anti Kunci, Kawalan Dinamik kenderaan , kawalan brek ketika selekoh, Bantuan Daki Bukit dan macam -macam lagi.

image.pngimage.png

Perincian MH HS LUX

Ada bumbung panaromik

Pintu belakang berkuasa

Rim aloi diamond 18 inci 

Paparan Virtual 12.3 inci

MG Ismart

Kerusi sports

Paddle shift 

Sports pedal 

Ada wiper sensing

6 speakers

Lampu ambien 64 warna

MG PILOT: Amaran Perlanggaran Depan, Kawalan Adaptif, Amaran Keluar Lorong,  Bantuan Tukar Lorong, Lintasan Trafik Belakang, Ada Amaran jika pintu terbuka.

image.png

Bagi yang berminat, MG5 dan MG HS akan membuat penampilan awam pertama di pengedar sah MG Motor bermula 23 Ogos hingga 23 September ini.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.mgmalaysia.com.


Gallery

Tag:

MG HS
Second-Gen MG HS SUV
MG HS Lux
SAIC Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ini Dia 5 Lokasi Baharu Rangkaian MG

SAIC Motor mengumumkan pihaknya kini sudah mula memperluaskan rangkaian pengedar MG di seluruh negara.

30-08-2024
Berita Auto

Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Beli MG Sebab Ada Penjimatan Eksklusif

MG Motor Malaysia menawarkan penjimatan eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri.

07-03-2025
Global

Kilang MG Di Mesir Bakal Mula Operasi Tahun Depan – Pengeluaran Fasa Pertama Cecah 50,000 Unit

Kumpulan automotif China, SAIC Motor, dilaporkan akan memperluaskan jenama MG dengan membina kilang baharu di Mesir. Kilang ini dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun 2026.

03-01-2025
Global

MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?

SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada MG5 GT.

15-08-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026