Link Copiedcheck_circle
Global

Kilang MG Di Mesir Bakal Mula Operasi Tahun Depan – Pengeluaran Fasa Pertama Cecah 50,000 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MA_CariCarz_MG5_-2.jpg


Kumpulan automotif China, SAIC Motor, dilaporkan akan memperluaskan jenama MG dengan membina kilang baharu di Mesir. Kilang ini dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun 2026.


Pembinaan kilang ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan jenama MG di pasaran Eropah dan Afrika, selain mengurangkan pergantungan kepada kemudahan pembuatan di China yang selama ini menjadi pusat utama pengeluaran jenama tersebut.


1-78.jpg


Hujung minggu lalu, SAIC Motor dan Al Mansour Automotive Group dari Mesir menandatangani perjanjian pelaburan bernilai AS$135 juta (~RM604.56 juta) untuk pembinaan kilang ini.


Fasiliti Moden Di Taman Perindustrian Baharu


Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Mansour Mobility & Manufacturing (MMM), anak syarikat Mansour Group, telah menandatangani kontrak pajakan tanah dengan Pihak Berkuasa Awam Tanah dan Pelabuhan Kering Mesir. Mereka merancang membina kilang automotif moden di  6th of October Industrial Park yang baharu.


Caricarz-MBA-MG4-XPower-EXT-3.jpgweb_MA_CariCarz_MG5_-3.jpg


Hatchback MG4 (kiri) dan sedan MG5 versi pra-facelift (kanan)


MG5-GT-Facelift-China-2.JPGMG5-GT-Facelift-China-3.JPG


Sebaik beroperasi kelak, kilang MG di Mesir ini akan mengeluarkan model MG5 generasi terbaru, MG5 GT 


Kilang ini akan dilengkapi dengan kemudahan seperti bengkel badan seluas 8,000 meter persegi, bengkel cat seluas 12,000 meter persegi dan bengkel pemasangan seluas 10,000 meter persegi. Selain itu, ia turut merangkumi pejabat pentadbiran serta gudang tertutup seluas 5,000 meter persegi.


Rancangan Pengeluaran Tahunan 


Fasa pertama operasi kilang ini dijangka mampu mengeluarkan sejumlah 50,000 unit kenderaan setahun. Kapasiti ini dirancang untuk digandakan kepada 100,000 unit pada fasa kedua, dengan sasaran kadar lokaliti lebih 45%. Bagaimanapun, garis masa untuk pelaksanaan fasa kedua masih belum diumumkan.


Fokus Penghasilan Model Baharu MG5 & NEV


Pengeluaran awal kilang ini akan tertumpu kepada model sedan MG5 fastback generasi baharu, juga dikenali sebagai MG5 GT. Selepas itu, beberapa model SUV dan kenderaan tenaga baharu (NEV) daripada barisan MG akan turut dihasilkan di kemudahan ini.

Sumber: CarNewsChina 

Tag:

SAIC Motor
SAIC Motor Mesir
Kilang SAIC
MG5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

24-11-2025
EV

24-09-2025
EV

20-08-2025
Teknologi

28-07-2025
EV

24-04-2025
EV

12-04-2025
EV

04-03-2025
Global

02-01-2025

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026