Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nasib Penunggang Motosikal Cedera

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang penunggang motosikal hanya cedera ringan walaupun terkena sebiji tayar yang tercabut daripada sebuah lori.

Kejadian itu yang berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka berlaku di  di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd. Isa berkata,  kemalangan berlaku apabila tayar sebuah lori tercabut lalu terpelanting dan terkena motosikal dan sebuah kereta yang berada dibelakangnya.

“Penunggang motosikal yang berusia 55 tahun mengalami kecederaan ringan dan masih dalam rawatan hospital.

“Sementara itu, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial yang menunjukkan  seorang lelaki tercampak ke atas jalan raya selepas sebuah tayar tiba-tiba ‘terbang’ ke arah motosikal ditunggangnya.

Mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikalnya berpusing beberapa kali.

Malah, tayar ‘terbang’ itu juga menghentam bahagian depan kenderaan pemilik video kamera papan pemuka yang turut berada di lorong tengah. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat Malaysia, WCE Banting-Gelang Patah Siap Hujung Tahun Ini

Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara–Selatan (E2) yang sering mengalami kesesakan terutamanya pada musim perayaan dan hujung minggu.

08-08-2025
Berita Auto

Syarikat Upah Warga Asing Pandu Kenderaan Perdagangan, Ramai Tiada Lesen GDL

JPJ merekodkan sebanyak 17,347 kesalahan yang membabitkan pemandu kenderaan perdagangan warga asing bagi tempoh 2021 hingga Julai lepas.

08-08-2025
Berita Auto

Kereta Mewah Disita, Perbaharui Cukai Jalan, Insurans Dulu Sebelum Bayar Kompaun

Pemilik kenderaan mewah perlu memperbaharui cukai jalan dan insurans bagi kenderaan mereka yang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

08-08-2025
Berita Auto

Prasarana Rancang Pasang Pintu Penghadang Di Platform LRT, Elak Insiden Jatuh

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berulang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini sedang merancang untuk memasang pintu keselamatan di platform stesen Transit Aliran Ringan (LRT) lama.

08-08-2025
Berita Auto

Sistem Tol Tanpa Henti (ANPR) Akan Dilaksana, Jangan Risau, Tiada Caj Dikenakan

Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini.

07-08-2025
Berita Auto

SAH! Fasa 1 ECRL Siap Tepat Disember 2026

Jajaran ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan disiapkan menjelang Disember 2026.

07-08-2025
Berita Auto

UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan

UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.

07-08-2025
Berita Auto

Tiada Lampu Jalan: Punca Kemalangan Di Jalan Persekutuan

KKR merekodkan 2,184 kes kemalangan di Jalan Persekutuan.

07-08-2025