Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sekarang Ada Pilihan Tuntut Tambang Penuh Jika Penerbangan Tertunda Lebih 5 Jam

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana bermula 2 September ini, penumpang diberikan pilihan untuk menuntut balik bayaran tambang penuh jika pesawat mereka tertunda lebih daripada lima jam.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

image.png

Menurutnya, ia adalah antara pembaharuan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang akan diwarta dan berkuat kuasa Isnin lalu.

image.pngimage.png

Bagaimanapun, ia adalah pilihan tambahan dengan pengguna perlu memilih sama ada mahu bayaran balik atau menikmati kemudahan penginapan hotel dan pengangkutan jika pesawat mereka tertunda selama lima jam atau lebih.

"Bayaran balik dalam cara pembayaran asal ini bergantung kepada jenis transaksi dibuat pengguna ketika pembelian tiket penerbangan, sama ada secara tunai, kad kredit, baucer perjalanan atau 'credit shell' dengan proses akan dibuat dalam tempoh 30 hari," katanya.

Malah, semakan MACPC kali ketiga itu turut menetapkan syarikat penerbangan dikehendaki terlebih dahulu menawarkan bayaran balik dalam mod bayaran asal bagi gangguan penerbangan berpunca dari keadaan luar biasa.

Beliau berkata, syarikat penerbangan juga boleh menawarkan mod bayaran balik alternatif seperti baucar perjalanan atau 'credit shell', namun pengguna mempunyai hak untuk memilih mod bayaran balik yang dikehendaki, jika keadaan demikian berlaku.

Sehubungan itu, penambahbaikan MACPC turut mewajibkan mana-mana penerbangan dibatalkan untuk dikeluarkan daripada semua sistem tempahan, termasuk di platform ejen pelancongan secara dalam luar talian bagi melindungi pengguna supaya tidak membeli tiket penerbangan berkenaan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026