Link Copiedcheck_circle
EV

Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MG-Cyberster-GTS-and-EXE-181-Preview-Edit-177.jpg


SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal (solid-state) pertama yang dibangunkan syarikat. Timbalan Pengurus Besar Eksekutif SAIC, Yu Jingmin turut mengumumkan bahawa model elektrik, MG S5,  bakal dilancarkan pada November tahun ini. 

 

Walaupun beberapa syarikat dari China sedang giat membangunkan teknologi bateri keadaan pepejal, setakat ini, masih tiada yang berjaya menghasilkan teknologi tersebut secara komersial.


Bateri keadaan pepejal dikatakan 40% lebih kecil dan 25% lebih ringan, namun mampu menyimpan tenaga yang jauh lebih tinggi berbanding bateri EV biasa. Ia juga boleh bertahan lebih lama sehingga 45,000 kitaran pengecasan. 


Selain itu, bateri ini mampu berfungsi dengan baik dalam julat suhu yang luas  iaitu antara -25°C hingga 60°C.  Elektrolit pepejal yang digunakan pada bateri ini juga adalah lebih selamat kerana tidak mudah terbakar, tidak menghakis dan tidak berisiko untuk bocor.


MG-Cyberster-GTS-and-EXE-181-Preview-Edit-186.jpg

MG-Cyberster-GTS-and-EXE-181-Preview-Edit-178.jpgMG-Cyberster-GTS-and-EXE-181-Preview-Edit-185.jpg


CarNewsChina melaporkan bahawa model terawal yang bakal menggunakan bateri ini dijangka IM L6 yang dipasarkan di China atau Cyber GTS di pasaran antarabangsa.

image-(54).jpg

Sementara itu, untuk EV terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi, S5, Yu Jingmin memaklumkan bahawa model ini akan dikuasakan oleh bateri lithium iron phosphate dan tidak menggunakan bateri keadaan pepejal kerana saiz jentera yang kompak. Buat masa ini, teknologi bateri yang dibangunkan masih belum mampu untuk dimuatkan pada model kompak, dan ini dijangka dapat dicapai seawalnya pada tahun 2030. 

MG S5 yang dibina di atas platform yang sama dengan MG4 yang dilancarkan di Malaysia, berukuran 4,476 mm panjang, 1,849 mm lebar, 1,621 mm tinggi dan jarak roda 2,730 mm. Ia dilengkapi dengan satu motor elektrik belakang berkuasa 125 kW (168 hp), serupa dengan varian MG4 Standard.

Sumber: CarNewsChina


Tag:

MG
SAIC
MG Motor
MG Cyber GTS
MG S5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
EV

Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!

MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.

11-07-2025
EV

Auto Shanghai 2025: MG Cyber X Ditayang, Rekaan Paling WIN!

Boleh dikatakan antara rekaan yang paling menonjol di Auto Shanghai 2025 pada minggu ini jatuh kepada kereta konsep SUV MG Cyber X.

24-04-2025
EV

MG Dedah Imej Acah MGS5 EV, Pengganti MG ZS EV

Jenama automotif ikonik British, MG, bersedia untuk memperkenalkan model baharu MGS5 EV dalam masa beberapa minggu lagi.

05-03-2025
Global

MG5 GT Dikemaskini, Hampir Menyerupai MG3?

SAIC Motor akhirnya memberikan sentuhan facelift kepada MG5 GT.

15-08-2024
EV

Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya

MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.

02-02-2024
Berita Auto

Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!

Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.

30-01-2024
Kereta Baru

Sedan Elegan MG5 Bakal Dilancarkan Esok, 3 Oktober – Anggaran RM100,000

SAIC Motor Malaysia mengumumkan bahawa firmanya bakal melancarkan model terbaru, MG5, pada 3 Oktober, esok.

02-10-2024

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026