- Berita
- EV
- Data Dedah Semakin Ramai Rakyat Malaysia Pilih EV – Lebih 27,000 EV Didaftarkan Sejak 2021
Data Dedah Semakin Ramai Rakyat Malaysia Pilih EV – Lebih 27,000 EV Didaftarkan Sejak 2021

BMW Group Malaysia, bersama Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA), baru-baru ini mendedahkan data yang menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Lebih 27,000 Kenderaan Elektrik Telah Didaftarkan
![]()
Berdasarkan data yang dikongsikan, lebih daripada 27,000 EV telah didaftarkan di seluruh negara antara Jun 2021 hingga Jun 2024. Ini membuktikan bahawa semakin ramai yang memilih untuk beralih kepada EV di Malaysia.

Kuala Lumpur Mendahului dalam Pendaftaran EV
Dengan jumlah pendaftaran sebanyak 5,271, Kuala Lumpur berada pada kedudukan teratas dalam penggunaan EV, diikuti oleh Selangor dengan 1,544 pendaftaran. Negeri-negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak juga menyaksikan peningkatan yang signifikan, dengan jumlah pendaftaran sekitar 1,600 unit EV.
Peningkatan Pendaftaran Secara Dalam Talian
Satu lagi trend menarik yang diperhatikan ialah peningkatan dalam pendaftaran kenderaan secara dalam talian. Sebanyak 17,224 daripada keseluruhan 27,382 pendaftaran EV dibuat secara dalam talian. Ini menunjukkan bahawa proses pemilikan kenderaan elektrik kini lebih mudah dan efisien.
Prestasi Kenderaan Elektrik yang Lebih Baik

Selain itu, populariti EV juga dipacu oleh peningkatan prestasi dan jarak pemanduan kenderaan. Contohnya, MINI Countryman SE ALL4 mempunyai jarak pemanduan sehingga 433 km, manakala BMW iX1 xDrive30 mampu mencapai sehingga 440 km (mengikut piawaian WLTP). Ini bermaksud EV kini semakin sesuai untuk perjalanan jarak jauh, membuatkannya mampu bersaing dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Pertambahan Stesen Pengecasan Awam
-full_normal.jpg)

Pertambahan jumlah stesen pengecasan awam turut mendorong peningkatan pemilikan EV. Setakat Jun 2024, terdapat 2,606 stesen pengecasan awam di Malaysia. Kehadiran pengecas pantas DC sangat penting bagi mengatasi isu kebimbangan pengguna semasa menempuhi perjalanan jarak jauh.
Bagaimanapun, data ini tidak mendedahkan penurunan ketara dalam penyediaan pengecas EV pada tahun ini berbanding 2023. Ini disebabkan oleh peraturan dan kos tambahan yang dikenakan oleh badan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan ke atas operator pengecas.
Kos Pemilikan EV yang Lebih Rendah


Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada populariti EV ialah kos pemilikan yang lebih rendah. Data MyZEVA menunjukkan bahawa pengecasan di rumah bagi model seperti BMW iX1 adalah 65% lebih murah berbanding mengisi minyak BMW X1 (menggunakan RON97). Bagaimanapun, perbezaan kos ini menjadi kurang ketara sekiranya pengguna kerap menggunakan pengecas DC awam.
Di samping itu, kos penyelenggaraan jangka panjang EV adalah lebih rendah kerana kurang menggunakan komponen bergerak dan tidak memerlukan pertukaran minyak secara berkala, sekaligus menjadikan pemilikan EV lebih menarik dari sudut kewangan.
BMW Group Malaysia: Pemain Utama Dalam Pasaran EV Tempatan
Setakat ini, BMW Group Malaysia telah menjual lebih 6,400 unit EV daripada jenama BMW dan MINI kepada pembeli tempatan. Firma ini juga telah menyediakan lebih 2,020 kemudahan pengecasan melalui kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, memastikan infrastruktur terus berkembang seiring dengan permintaan.
Selain itu, terdapat lebih 100 stesen pengecasan BMW i dan MINI di lokasi rakan kongsi dan pengedar, dengan rancangan untuk menambah lebih banyak lagi stesen lain.
-full.jpg)
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

