Link Copiedcheck_circle
EV

GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila  ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.

Kehadirannya di pasaran bakal memberikan saingan sengit  kepada BYD Seal dan GWM Ora 07.

Menerusi imej rasmi yang disiarkan di China, Aion RT dilihat  menggunakan gaya badan saloon gaya fastback selain menampilkan reka bentuk biasa yang diperoleh daripada model elektrik Aion terutama daripada barisan Hyper.

Ia hadir tanpa gril namun lampu depan dan belakangnyanya jenis LED yang tajam dan didatangkan dengan saluran udara di bahagian sisi.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain, ia didatangkan dengan bumbung gaya fastback, dipasang dengan rim aloi bersaiz 17, 18 inci bergantung kepada varian dan pemegang pintunya jenis tersembunyi.

Dari segi dimensi, ia sepanjang 4,865mm, selebar 1,875 mm, setinggi 1,520 manakala jarak roda pula, 2,775 mm.

Menjengah bahagian kabin, Aion RT didatangkan dengan rekaan kabin yang cukup minimalis kerana ia hadir dengan kombinasi warna beige dan hitam.

image.pngimage.png

Seperti mana yang dijangkakan, ia juga didatangkan skrin infotainmen jenis terapung manakala pemandunya menerima panel instrumen LCD yang lebih kecil dan tersembunyi di celah stereng 

Selain mengenai skrin infotainment,  Aion RT juga hadir dengan ciri teknologi yang cukup canggih dimana terdapat  pad pengecas tanpa wayar, bumbung kaca panoramik dan banyak lagi.


image.png

Bagaimanapun, pembuat kereta yang berpangkalan di Guangzhou, China ini tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai rangkaian kuasa dan spesifikasi bateri Aion RT.

Sebaliknya, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China mendedahkan bahawa saloon EV itu menampilkan satu motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa daripada 201 hp (150 kW) kepada 221 hp (160 kW).

Ia juga akan hadir dengan pek bateri yang dibekalkan CATL dengan kapasiti yang tidak didedahkan, namun  Aion RT dikatakan mampu bergerak sejauh  650 kilometer.

image.png

Sementara itu, pek baterinya boleh dicas daripada 30 hingga 80% dalam masa 18 minit 

Pra-jualan untuk salun GAC Aion RT ini dijadualkan akan  bermula pada 26 September untuk pasaran China.

Ini bermakna hanya pada masa itu kami akan mengetahui lebih lanjut mengenai harga dan varian yang ditawarkan. 

Gallery

Tag:

GAC Motor
GAIC AION
AION RT
GAC AION RT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

08-01-2026
Pandu Uji

21-08-2025
Kereta Baru

19-07-2025
Global
Berita Auto
EV

03-03-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026