Link Copiedcheck_circle
EV

Geely Geome Xingyuan Didedahkan Di China – Mungkin Proton e.MAS Yang Akan Datang?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely-Geome-Xingyuan-EV-1.jpg


Gergasi automotif China, Geely, baru-baru ini mendedahkan imej rasmi model hatchback elektrik terbarunya di China, yang dikenali sebagai Geely Geome Xingyuan. Hatchback kompak elektrik ini dijangka akan memasuki pasaran China pada akhir tahun ini dan bakal menjadi pesaing kepada hatchback elektrik lain seperti BYD Dolphin dan MG4.


Jenama Geome


Geely-Geome-Xingyuan-EV-8.jpg


Bagi yang tidak biasa, jenama Geome sebenarnya adalah kesinambungan kepada sub-jenama EV Geely yang sebelum ini dikenali sebagai Geometry. Disebabkan jualan yang kurang memberangsangkan, konglomerat automotif ini memutuskan untuk membuat penjenamaan semula sebagai satu siri produk di bawah jenama Geely.


Reka Bentuk Luaran Geome Xingyuan 


Geely-Geome-Xingyuan-EV-4.jpg


Dari segi dimensi, Geome Xingyuan berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,650 mm, menjadikannya 10 mm lebih panjang dan 35 mm lebih lebar daripada BYD Dolphin.


Berdasarkan imej rasmi yang didedahkan, Geome Xingyuan hadir dengan gaya badan hatchback lima pintu yang ‘bulat.’ Di bahagian hadapan, Xingyuan menggunakan lampu LED berbentuk seperti titisan air mata. Gril hadapannya pula diberikan sentuhan minimal untuk imej bersih yang menyerlahkan gaya modennya. Satu-satunya ciri menonjol yang dapat dilihat adalah pada apron bawah yang menempatkan komponen ambilan udara. 


Geely-Geome-Xingyuan-EV-3.jpg


Dari sisi, beberapa ciri reka bentuk EV jelas terserlah, seperti pemegang pintu yang terbenam, garis bumbung hatchback yang rata dan rendah ke arah belakang, serta rim empat jejari yang tertutup. Kesemua ciri ini menyumbang kepada prestasi aerodinamik yang lebih baik.


Seperti mana di bahagian hadapan, lampu belakang juga direka seperti bentuk titisan air mata. Lampu ini mengapit tulisan Geome. Turut dapat dilihat dari sudut ini ialah underbody cladding jenis plastik seperti yang biasa terdapat pada SUV EV.


Kabin Geome Xingyuan


Geely-Geome-Xingyuan-EV-5.jpg


Di dalam kabin, Geome Xingyuan sarat dengan teknologi. Ruang kabinnya tampil unik dengan pencahayaan bercorak siluet bandar pada papan pemuka dan panel pintu hadapan. Skrin infotainmen diletakkan terapung di bahagian tengah. Skrin ini dikuasakan oleh sistem operasi Flyme Auto milik Geely. Kelengkapan lain ialah kluster instrumen digital kecil, pad pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi.


Trenkuasa Geome Xingyuan 


Geely-Geome-Xingyuan-EV-2.jpg


Untuk trenkuasanya, CarNewsChina melaporkan bahawa Geome Xingyuan akan didatangkan dengan dua spesifikasi motor, yang mana spesifikasi asas memiliki output 78 hp (58 kW) dan kelajuan maksimum 125 km/j. Sementara itu, varian dengan spesifikasi lebih tinggi akan menggunakan motor yang lebih berkuasa dengan output 114 hp (85 kW) dan kelajuan maksimum 135 km/j.


Dari segi bateri, varian asas Xingyuan dilengkapi dengan pek bateri LFP 30.12 kWj yang dibekalkan oleh CATL. Dengan cas penuh, ia boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 310 km (CLTC).


Sementara itu, varian dengan spesfikasi lebih tinggi pula akan dikuasakan bateri LFP 40.16 kWj CATL, yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 410 km (CLTC). 


Pelancaran Geome Xingyuan di Pasaran China & Antarabangsa


Geely-Geome-Xingyuan-EV-6.jpgGeely-Geome-Xingyuan-EV-7.jpg


Geely Geome Xingyuan dijangka akan dilancarkan di pasaran China pada hujung tahun ini dengan harga jualan sekitar CNY 80,000 (~RM49,062), menjadikannya salah satu EV hatch yang paling mampu milik di pasaran China.


Setakat ini, Geely belum mengesahkan ketersediaan Xingyuan di pasaran antarabangsa lain. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa hatch ini mungkin menjadi model kedua yang dilancarkan di bawah jenama Proton e.MAS, mengikuti jejak Geely Galaxy E5 (Proton e.MAS 7).

Baca: Hari Kebangsaan: Lebih 10,000 Pengunjung Teruja Lihat Proton e.MAS 7

Tag:

#geely
Geely Geome Xingyuan
Geely Geome
Geely EV
Geely China
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.

07-11-2024
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026