Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

GLC 350 e 4MATIC CKD Dilancar, Harga Bawah RM399K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Mercedes-Benz Malaysia melancarkan secara rasminya varian plug in hibrid, GLC 350 e 4MATIC ke pasaran tempatan, pagi tadi.

Model pemasangan tempatan (CKD)  dari Pekan, Pahang ini dijual pada  RM398,888 untuk Semenanjung Malaysia.

GLC 350 e ini digandingkan dengan enjin 2.0 liter 4-silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 204 hp dan tork 320 Nm.

image.png

Ia turut menyokong motor elektrik dengan hamburan kuasa pada 100 kW dan tork 440 Nm dimana secara keseluruhannya ia boleh menghasilkan output sebanyak 230 kW (313 hp) dan tork 550 Nm.

Ini membolehkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  6.7 saat manakala kelajuan maksimumnya pula ialah 218 km/j.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, GLC 350 e 4MATIC sememangnya dikenali dengan penampilan yang sporty dan eksklusif. 

Ia hadir dengan apron hadapan AMG dengan kemasan krom manakala apron belakang pula hadir dengan  peresap.

Selain itu, ia juga hadir dengan bumbung panaromik, rim aloi AMG 20-inci,  dan sistem Digital Light  serta  corak signatur..

Bahagian dalamannya pula, ia hadir dengan upholsteri kulit buatan manusia ARTICO hitam, MICROCUT microfiber, pedal sports AMG dan stereng sports pelbagai fungsi dalam kulit nappa .

image.pngimage.png

Begitupun, ia masih  dilengkapi skrin sentuh infotainmen 11.9-inci dengan Mercedes-Benz User Experience (MBUX), paparan instrumen 12.3-inci dan terdapat juga sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar,.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah pengecas Qi dan sistem bunyi Burmester 3D dengan 15-pembesar suara.

image.pngimage.png

Dengan ruang but seluas 490 liter, GLC baharu ini turut menawarkan ruang praktikal untuk keperluan harian. 

Malah, ia juga hadir  dengan ciri Driving Assistance Package Plus, dengan kamera 360 darjah dan Bantuan Parkir Aktif dengan PARKTRONIC , peninjau titik buta, amaran lintasan trafik depan dan banyak lagi.

image.png

Apa pula pandangan anda mengenai jentera baharu ini?

Gallery

Tag:

350 e
Mercedes-Benz GLC 300e Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM374K

Pelancaran Mercedes-Benz GLC 300e Coupe di Malaysia.

22-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026