Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.

image.png

Hyundai Santa Fe hadir dalam dua varian iaitu enjin 2.2 liter diesel dan 1.6 liter  Hibrid dimana ia menjanjikan gabungan kuasa yang pasti memukau hati anda selain kecekapan dan reka bentuk yang canggih.

Bagi yang ingin mengetahui mengenai varian enjin 2.2 liter diesel, Hyundai Santa Fe diesel ini mampu menghamburkan kuasa setakat 199 hp   dan tork 440Nm.

image.pngimage.png

Sementara itu, varian hibrid pula digabungkan dengan enjin Gamma-II T-GDi dan motor elektrik.

Maka, varian hibrid ini mampu menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding diesel iaitu , 230 PS dan tork 350Nm.

Menjengah bahagian luarannya, jentera ini hadir dengan gril bersaiz lebar dengan corak signatur geometrik dan lampu siang (DRL) LED berbentuk huruf T.

image.pngimage.png

Di bahagian belakang pula, Santa Fe ini turut diperbaharui memandangkan  diperbaharui fasia belakang  dikemas kini dengan lampu belakang yang disambungkan dengan jalur krom. 

Bampar belakang juga direka semula dan menempatkan jalur pemantul merah jenis lebar.

Bahagian kabinnya pula didatangkan dengan  susun atur jenis terapung, skrin infotainmen 10.25 inci, sistem kawalan iklim dua zon, manakala  paparan skrin sentuh turut menyediakan sambungan wayarles ke Apple CarPlay dan Android Auto, serta lengkap dengan pelbagai ciri hiburan selain didatangkan dengan pintu but pintar.

image.pngimage.png

Dari segi ciri-ciri keselamatan, Santa Fe didatangkan dengan pakej keselamatan Hyundai SmartSense Safety Suite  merangkumi, Bantuan Pencegahan Rempuhan Depan,Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Pintar dengan  fungsi Henti-Mula, Pemantau Titik Buta dan ada pandangan untuk sekeliling.

image.pngimage.png

Ia didatangkan dalam empat pilihan warna: Phantom Black, Creamy White Pearl, Magnetic Grey, dan Stormy Sea.

Apa yang cukup menarik ialah HSDM menawarkan tawaran diskaun sebanyak RM10,000 untuk 100 tempahan awal.

Ini bermakna, varian  1.6L Turbo Hybrid Plus (RM185,888).  RM205,888 untuk 1.6L Turbo Hybrid Max, dan RM199,888 untuk 2.2L Turbo Diesel Max .

Bagaimanapun, harga tidak termasuk insurans.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa mengunjungi  acara Automania 2024 anjuran Sime Darby Motors, bermula hari ini iaitu 6 hingga 8 September 2024 di tempat letak kenderaan B, Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. 

Jika anda membuat tempahan di acara minggu ini, ada peluang memenangi motosikal elektrik bernilai RM38,500

Untuk keterangan lanjut, layari www.hyundai.com.my.


Gallery

Tag:

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM)
Hyunda Santa Fe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K

Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.

10-11-2023
Kereta Baru

Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk

Hyundai Santa Fe facelift kini lebih macho.

06-11-2023
Kereta Baru

Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah

HSDM sudah membuka tempahan untuk m Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe, pada minggu lepas.

06-11-2023
Pandu Uji

5 FAKTA Ringkas Tentang IONIQ 6

Ioniq 6: Alternatif kepada Tesla!

22-09-2023
Kereta Baru

Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K

HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.

16-09-2023
Berita Auto
Kereta Baru

DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.

28-04-2023
Kereta Baru

Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium.

20-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025