Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jadikan Iktibar: Jangan Rakam Gambar/Video Kanak-Kanak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seorang pemandu bas yang pernah tular akibat merakam video mencium pipi seorang kanak-kanak di dalam bas menangis apabila dia didakwa melakukan amang seksual.

Memetik kenyataan di Sinar Harian, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual di dalam sebuah bas sekolah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual di dalam bas sekolah 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

image.png

Sebelum itu, tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau 'crush'.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.


Gallery

Tag:

Bas sekolah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bahaya: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Masih Tak Daftar Dengan Persatuan Bas, Apa Sebabnya?

Ramai tak daftar dengan persatuan bas sekolah, situasi itu dianggap sebagai 'bom jangka' kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.

09-07-2025
Berita Auto

MoT Sudah Luluskan Pindaan Had Usia Minimum Lesenkan Bas Sekolah

Had usia maksima penggunaan bas sekolah tetap dikekalkan pada 30 tahun.

22-04-2025
Berita Auto

Tambang Bas Sekolah Naik Antara RM5, RM10

Keputusan itu sepenuhnya berdasarkan rundingan antara pengusaha bas dan ibu bapa tanpa campur tangan kerajaan.

08-01-2025
Berita Auto

Video Pelajar Viral: Pemandu Bas Sudah Ditahan!

Menteri mengarahkan pegawainya membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemandu bas sekolah memuat naik video pelajar di media sosial.

06-09-2024
Berita Auto

Bas Sekolah Bawa Rombongan Pengantin Ditahan di Terengganu

Pengusaha bas sekolah berani gunakan bas untuk bawa pengantin.

08-07-2024
Berita Auto

"Tambang Bas Sekolah, Bas Ekspres Tak Patut Naik," - Menteri

Diesel untuk kenderaan pengangkutan awam darat kekal pada harga RM1.88 seliter.

11-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026