Link Copiedcheck_circle
EV

Jepun Perluaskan Pengeluaran Bateri Untuk EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dengan bantuan subsidi bernilai AS$2.4 bilion (RM10.2 bilion), Jepun akan  mempergiatkan lagi usahanya untuk menghasilkan bateri kenderaan elektrik (EV) sekali gus  memperkukuh lagi rantaian bekalan bateri negaranya.

Menurut Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun, Ken Saito, pembiayaan itu akan  menyokong 12 inisiatif di mana ia lebih tertumpu kepada penciptaan bateri simpanan.

Selain itu, pembiayaan tersebut juga akan lebih menumpukan kepada komponen, bahan atau peralatan pembuatan bateri.

Berikut adalah carta lanjut mengenai pembuatan bateri:

image.png

Lagipun, ia adalah sebahagian daripada  rancangan Jepun untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bateri domestik kepada 150 GWj setiap tahun menjelang 2030. 

Pada masa ini, keluaran negara ialah 85 GWj untuk setiap tahun. Ini bermakna  projek-projek baharu ini dijangka menaikkannya kepada 120 GWj.

Menurut METI, Jepun akan memerlukan sejumlah besar bahan mentah kritikal untuk mencapai objektif 150 GWj. Ia termasuk 100,000 tan litium, 90,000 tan nikel, 150,000 tan grafit, dan 20,000 tan setiap satu kobalt dan mangan.

Jika dibandingkan dengan China, negara itu  sahaja mengeluarkan lebih 900GWj setahun dalam pengeluaran bateri.

Untuk itu, Saito menyatakan keyakinan bahawa usaha ini akan meningkatkan rantaian bekalan bateri Jepun dan daya saing industri bateri simpanannya. 

image.png

Ini kerana rancangan itu mendapat sokongan kerajaan termasuk pelaburan oleh pembuat kereta utama seperti Toyota  Nissan, serta usaha sama daripada Panasonic, Subaru,  Panasonic dan Mazda.

Melalui anak syarikatnya Prime Planet Energy & Solutions dan Primearth EV Energy, Toyota berhasrat untuk melabur kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.4 bilion) untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya bagi bateri keadaan pepejal dan prisma sebanyak 9 GWj. 

Bermula pada Nov 2026, kilang di wilayah Hyogo dan Fukuoka akan mengeluarkan bateri untuk Toyota.

image.png

Bagaimanapun, ini bukanlah satu perkara baharu memandangan  subsidi tersebut sebenarnya telah menambah komitmen awal Jepun hampir AS$1 bilion (RM4.3 bilion) untuk pengeluaran bateri pada April dan Jun 2023.

Gallery

Tag:

Mazda
Toyota
Subaru
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Global

JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum

Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.

29-10-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Berita Auto

Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun

Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.

20-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM199K

Pengedar Mazda di Malaysia telah mula menerima tempahan untuk SUV baharu, Mazda CX-60, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi dalam tahun ini.

03-06-2025

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026