- Berita
- Global
- Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ Memukau – Jentera F1 Mercedes-AMG Petronas Jadi Inspirasi
Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ Memukau – Jentera F1 Mercedes-AMG Petronas Jadi Inspirasi

“Motorsport Collectors Edition” Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+
Mercedes-AMG baru-baru ini telah memperkenalkan model eksklusif “Motorsport Collectors Edition” GT 63 Pro 4Matic+ yang dihasilkan khas sempena Grand Prix Formula 1 Singapura.
Jentera Formula 1 Jadi Inspirasi Rekaan
Hanya 200 unit ditawarkan di pasaran, Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ dibangunkan berdasarkan varian AMG GT 63 Pro yang boleh digunakan di litar (track-ready). Jentera berwarna metalik Obsidian Black ini hadir dengn livery khas yang diilhamkan daripada kereta F1 tajaan Petronas yang digunakan dalam perlumbaan musim 2023. Livery ini dianggap sebagai salah satu rekaan terbaik Mercedes-AMG setakat ini.



Warna Obsidian Black badan jentera ini juga disempurnakan lagi dengan pakej kemasan hitam AMG Nite.
Model ini turut diberi sentuhan warna Aquamarine yang diambil daripada logo Petronas pada diffuser belakang, skirt sisi, bibir hadapan, komponen ambilan udara hadapan, serta garis tingkap.
Pada bahagian tayar, model ini menggunakan rim AMG berukuran 12 inci dengan bebibir rim dan angkup brek yang juga dalam warna kontra Aquamarine.
Sentuhan Dalaman yang Memukau



Di ruang kabin, warna hijau Aquamarine ini juga digunakan sebagai warna untuk pencahayaan pada pintu, ambien kabin dan jahitan pada tempat duduk sport yang diberikan upholsteri kulit gentian mikro Nappa.
Prestasi Luar Biasa
Bukan sekadar diberikan peningkatan visual, Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ turut menawarkan prestasi luar biasa. Model ini dikuasakan oleh enjin AMG 4.0 liter V8 turbo kembar yang telah diperbaik sehingga mampu menghamburkan kuasa sebanyak 603 hp dan 849 Nm.
Nadi yang digunakan membolehkannya memecut laju daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum yang 317 km/j. Selain itu, edisi Pro ini juga dilengkapi dengan spoiler belakang yang besar dan ciri aerodinamik yang telah ditambah baik untuk prestasi pemanduan yang lebih dinamik.
Edisi Terhad
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, jentera agresif ini hanya ditawarkan sebanyak 200 unit. Harga rasmi Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ Motorsport Collectors Edition ini bagaimanapun tidak didedahkan.

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

