Link Copiedcheck_circle
Global

Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ Memukau – Jentera F1 Mercedes-AMG Petronas Jadi Inspirasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

24c0328_003.jpg


“Motorsport Collectors Edition” Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ 


Mercedes-AMG baru-baru ini telah memperkenalkan model eksklusif “Motorsport Collectors Edition” GT 63 Pro 4Matic+ yang dihasilkan khas sempena Grand Prix Formula 1 Singapura.


Jentera Formula 1 Jadi Inspirasi Rekaan


Hanya 200 unit ditawarkan di pasaran, Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+  dibangunkan berdasarkan varian AMG GT 63 Pro yang boleh digunakan di litar (track-ready). Jentera berwarna metalik Obsidian Black ini hadir dengn livery khas yang diilhamkan daripada kereta F1 tajaan Petronas yang digunakan dalam perlumbaan musim 2023. Livery ini dianggap sebagai salah satu rekaan terbaik Mercedes-AMG setakat ini.


24c0328_014.jpg24c0328_013.jpg24c0328_006.jpg


Warna Obsidian Black badan jentera ini juga disempurnakan lagi dengan pakej kemasan hitam AMG Nite. 


Model ini turut diberi sentuhan warna Aquamarine yang diambil daripada logo Petronas pada diffuser belakang, skirt sisi, bibir hadapan, komponen ambilan udara hadapan, serta garis tingkap. 


Pada bahagian tayar, model ini menggunakan rim AMG berukuran 12 inci dengan bebibir rim dan angkup brek yang juga dalam warna kontra Aquamarine.


Sentuhan Dalaman yang Memukau


24c0328_017.jpg24c0328_018.jpg24c0328_019.jpg


Di ruang kabin, warna hijau Aquamarine ini juga digunakan sebagai warna untuk pencahayaan pada pintu, ambien kabin dan jahitan pada tempat duduk sport yang diberikan upholsteri kulit gentian mikro Nappa. 


Prestasi Luar Biasa


Bukan sekadar diberikan peningkatan visual, Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+  turut menawarkan prestasi luar biasa. Model ini dikuasakan oleh enjin AMG 4.0 liter V8 turbo kembar yang telah diperbaik sehingga mampu menghamburkan kuasa sebanyak 603 hp dan 849 Nm. 


Nadi yang digunakan membolehkannya memecut laju daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum yang 317 km/j. Selain itu, edisi Pro ini juga dilengkapi dengan spoiler belakang yang besar dan ciri aerodinamik yang telah ditambah baik untuk prestasi pemanduan yang lebih dinamik.


Edisi Terhad


Seperti yang dinyatakan di awal artikel, jentera agresif ini hanya ditawarkan sebanyak 200 unit. Harga rasmi Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+ Motorsport Collectors Edition ini bagaimanapun tidak didedahkan. 

24c0328_002.jpg

Tag:

Motorsport Collectors Edition
Mercedes-AMG GT 63 Pro 4Matic+
Mercedes-AMG Petronas
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026