Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MLFF Bukan Mudah Dilaksana!

Suhana Veru

Kongsi melalui
image.png

Kementerian Kerja Raya (KKR)  mengesahkan bahawa pelaksanaan sistem tol elektronik Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) sedang dikaji ketika ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, proses untuk merealisasikan pelaksanaan MLFF  bukanlah satu urusan yang mudah.

Menurutnya, beliau telah mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan bersama pengurusan tertinggi Salik Company PJSC (Salik) semasa lawatan kerja rasmi  menghadiri Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) ke-30 di Dubai , baru-baru ini.

image.pngimage.png

“Syarikat Salik PJSC melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID. 

“Justeru, perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak adalah berkaitan dengan  perkongsian pengalaman dari segi pengoperasian, penguatkuasaan dan penggunaan teknologi,” katanya.

Menerusi lawatannya ke Dubai, beliau berkesempatan meninjau salah satu daripada gantri tol sedia ada bagi melihat secara dekat penggunapakaiannya.

“Sesi libat urus ini mencerminkan komitmen padu kerajaan Malaysia dalam menentukan hala tuju kerajaan ke arah pengadaptasian ITS dalam sistem kutipan tol negara. 

“Usaha ini juga turut menjadi salah satu agenda utama di bawah program MYJalan dalam melestarikan jalinan infrastruktur lebuh raya negara bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan pengguna,” jelasnya.


Gallery

Tag:

Multi Lane Fast Flow (MLFF)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MLFF: Kerajaan Akan Pinda 3 Akta

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

17-11-2025
Berita Auto

Tol Tanpa Palang Bakal Jadi Realiti, STAR Systems & Touch 'n Go Mulakan Ujian

Projek Multi-Lane Fast Flow (MLFF) atau sistem tol tanpa palang kini sudah mula diuji di Plaza Tol Alam Impian di Lebuhraya Kesas (LKSA).

09-10-2025
Berita Auto

PLUS Bakal Uji Sistem MLFF Pada April Ini

Buat masa ini, sistem akhir yang akan diguna pakai masih tidak diketahui lagi.

12-02-2025
Berita Auto

Proses Rundingan Tamat, Isu MLFF Dibawa Ke Kabinet

Kira-kira 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem MLFF.

17-12-2024
Berita Auto

MLFF Sukar Dilaksana, Ada Sebabnya

Masih ada syarikat konsesi lebuh raya yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem itu.

28-11-2024
Berita Auto

MLFF: 13 Syarikat Masih Belum Setuju Laksana MLFF

Rundingan masih lagi dijalankan dengan semua syarikat konsesi terlibat.

26-11-2024
Berita Auto

Pastikan Baki RFID Cukup, Elak Sesak

Dari segi teknikal RFID dilihat masih ada kekurangan.

23-05-2023
Berita Auto

Sistem Bayaran Tol Terbuka: LLM, Syarikat Konsesi Sedia Bekerjasama

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya menerima baik cadangan daripada YB Menteri Kerja Raya untuk melaksanakan pembayaran tol secara terbuka.

30-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026