Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Modus Operandi Dihidu JPJ, Kenderaan Asing Tanpa Permit Tidak Lagi 'Selamat'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

motor-disita-thailand.jpg


Antara kenderaan dari negara Thailand yang disita pihak JPJ (Foto: HM)


Kenderaan asing dari Thailand yang tiada Permit Edaran Antarabangsa (ICP) kini tidak lagi ‘selamat’ kerana modus operandi telah berjaya dihidu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas ICP di tiga pintu masuk Malaysia-Thailand di Kelantan. Operasi sama akan turut dijalankan di sempadan lain. 


Ops Khas ICP: 55 Kenderaan Disita


Perkara ini dilaporkan terjadi apabila terdapat kenderaan masuk tanpa memohon permit, selain kes tamat tempoh ICP dan penggunaan nombor pendaftaran yang tidak sama seperti yang didaftarkan di negara asal.


Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, memaklumkan bahawa berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap 484 kenderaan dalam operasi yang bermula sejak 5 September lalu sehingga kini, pihaknya telah menyita 55 kenderaan termasuk 43 motosikal, tujuh kenderaan pacuan empat roda dan lima kereta. 


Tiga Kesalahan Utama Dikesan


Ops-Khas-ICP.jpeg


Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan (kiri) menunjukkan antara kenderaan yang disita (Foto: Utusan)


Menurut Muhammad Kifli, 104 kenderaan dikenakan tindakan dengan tiga kesalahan utama iaitu tidak memiliki ICP, ICP tamat tempoh 90 hari, serta mempamerkan nombor pendaftaran yang tidak sah. 


Operasi ini adalah hasil aduan dan risikan pihak JPJ terhadap kenderaan asing yang memasuki negara tanpa permit yang sah.


JPJ turut mendapati beberapa kenderaan telah berada di Kelantan sehingga tiga tahun tanpa ICP. Selain mengelak daripada membayar insurans, mereka dipercayai mengambil kesempatan terhadap kelonggaran peraturan yang membenarkan kenderaan asing memasuki Malaysia dalam lingkungan dua kilometer dari sempadan.


Modus Operandi: Gunakan Kenderaan pada Waktu Tertentu


OPS-KHAS-ICP-1.jpeg


Trak pikap dari Thailand yang disita dalam Ops Khas ICP di Kelantan (Foto: Kosmo)


Muhammad Kifli menjelaskan, modus operandi mereka yang tidak memiliki ICP atau permit tamat tempoh adalah dengan menyimpan kenderaan di rumah dan menggunakannya pada waktu tertentu seperti malam dan hujung minggu, dengan harapan tiada sekatan jalan raya. Malah, sebahagian besar kenderaan asing ini dipandu oleh rakyat tempatan yang mungkin membeli kenderaan tersebut atas nama saudara mara di Thailand.


Tindakan Tegas Akan Diambil


Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 7(2) APJ 1987, dan Subseksyen 108(3)(e) APJ 1987. 


JPJ juga telah mengarahkan pengarah di negeri-negeri sempadan seperti Perlis, Kedah dan Perak untuk menjalankan operasi yang sama bagi memastikan situasi ini tidak berulang.

Sumber: HM

Tag:

JPJ
JPJ Kelantan
Kenderaan Asing
Kenderaan Asing Tanpa Permit
Ops Khas ICP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.

11-08-2026
Berita Auto

JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!

10-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026
Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026