Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rakyat M'sia Suka Kereta PROTON Sebab Itu Jualan Proton Mencanak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, jualan kereta Proton sudah melebihi 100,000 dalam tempoh enam tahun berturut-turut gara-gara harganya yang cukup mampu milik.

Pada bulan lepas sahaja, Proton merekodkan jualan sebanyak 12,690 unit (domestik dan eksport) . Ini menjadikan jualan sepanjang enam tahun lalu, sudah mencecah 101,489 unit setakat ini (YTD).

Apa yang cukup menarik ialah angka jualan yang kukuh untuk Proton X50 untuk bulan kedua berturut-turut.

Model Proton X50 2024 dilihat laku keras kerana ia menampilkan pelbagai penambahbaikan untuk memastikan model ini kekal di hadapan pesaing SUV segmen-B.

Model yang dikemas kini terus mendapat sambutan hangat daripada pembeli dengan 2,440 unit dihantar pada bulan Ogos.

Ini adalah kali ketiga jumlah jualan telah mencecah ambang 2,000 pada tahun 2024. Jualan YTD kini berjumlah 15,229 unit, menjadikan Proton X50 sebagai SUV paling popular dalam rangkaian PROTON.

image.pngimage.png

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, walaupun terdapat banyak persaingan tahun ini daripada jenama baru, namun sambutan Proton X50 2024 dan Proton X70 2025 adalah positif memandangkan angka tempahan yang kukuh dilihat di seluruh negara.

image.png

“Ini adalah bukti keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat dan menunjukkan betapa pentingnya mempunyai rangkaian pusat 3S/4S yang terkemuka di pasaran untuk memenuhi keperluan pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tidak ketinggalan, jualan Proton Saga juga mencapai 6,211 unit pada Ogos, menjadikan jumlah jualan tahun sehingga kini sebanyak 48,904 unit. Ini adalah peningkatan sebanyak 6.7% berbanding YTD tahun lepas. 

Ini adalah kerana model ini kekal sebagai tawaran menarik kepada pembeli kereta Malaysia. 

image.png

Untuk model-model PROTON yang lain, jualan sedan segmen-C, Proton S70 adalah sebanyak 1,205 unit, manakala sedan segmen B Proton Persona mencatatkan jualan sebanyak 1,452 unit, menjadikan jumlah jualan sehingga kini sebanyak 13,116 unit. 

Sementara itu, hatchback segmen B Proton, Proton Iriz, menambah 403 unit kepada volum jualan Ogos, menjadikan jumlah jualan sehingga kini 3,719 unit.

Malah, jumlah jualan eksport  juga dikatakan meningkat dua kali ganda berbanding bulan Julai, disebabkan jualan di Brunei yang mencatatkan rekod tertinggi.

Sejak Februari tahun ini, model eksport paling laris ialah Proton Saga, yang sekali lagi mendahului kumpulan model lain dengan 140 unit dieksport pada bulan Ogos. 

Model-model lain juga mencatatkan peningkatan dalam penghantaran eksport pada bulan Ogos, menjadikan jumlah keseluruhan jualan eksport PROTON kepada pengedar sebanyak 2,110 unit sejak Januari tahun ini.

Gallery

Tag:

Proton X50
Proton X70
Proton Saga
Proton Persona
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras

Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?

18-08-2026
Berita Auto

Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara

Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.

06-08-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto

PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?

Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.

08-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026